Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Cendawan Sedap Berkhasiat Paling Mudah Disediakan

author name

Cendawan merupakan sejenis kulat yang telah dikomersialkan menjadi bahan masakan yangdigemari seluruh dunia. Jika sebelum ini cendawan biasanya didapati didalam hutan atau belukar, namun sejak ia dikomersialkan ia mulai ditanam secara besar-besaran bagi memenuhi permintaan.

Ada terdapat pelbagai jenis cendawan dalam pasaran yang kerap digunakan didalam masakan. Namun begitu koleksi kali ini akan membawa kepada 10 resepi menggunakan cendawan yang paling digemari dan sering dihidangkan diruang makan orang Malaysia.

1) Resepi Sup Cendawan 

Sup ini menggunakan cendawan tiram yang amat manis bila dijadikan sup. Tambahan pula bila ditambah lada hitam, ia memberi rasa yang amat mengancam! Anda harus mencuba sendiri,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 100g cendawan tiram (siat-siat panjang)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia (pilihan)
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 sudu teh lada hitam (tumbuk halus)
  • Air secukup 
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Kaedah

  • Tumbuk bawang putih,halia dan ikan bilis.
  • Tumiskan bahan tumbuk, tunggu naik bau.
  • Masukkan air dan lada hitam.
  • Apabila mengelegak masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan cendawan.
  • Tutup api apabila ia telah mengelegak.
  • Siap!

2) Resepi Nasi Goreng Cendawan.

Cendawan juga amat sedap bila digoreng bersama nasi. Dengan menggunakan bahan-bahan seperti cili api dan lada hitam ia memberi rasa ‘kick’ yang menarik. Anda boleh mencubanya sendiri, berikut bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 5 ulas  cili api
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk kasar)
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 5 keping cendawan tiram (koyak-koyakkan)
  • 1 biji telur (pilihan)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah 

  • Mula-mula tumbuk cili api,bawang putih, ikan bilis dan lada hitam hingga sebati.
  • Kemudian tumiskan bahan-bahan ini sehingga naik bau.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau dan pecahkan telur, tunggu sebentar.
  • Kemudian sebelum telur garing, masukkan nasi sejuk yang telah disediakan.
  • Dengan api besar, goreng nasi dan kacau dengan kerap dan laju.
  • Masak seketikan sehingga nasi benar-benar garing.
  • Tutup api dan siap!

3) Resepi Popiah Cendawan Cheese

Popia cendawan cheese merupakan satu lagi masakan viral peradakan cendawan dan popia. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Mariam dan banyak perkongsian, tanda suka serta komen positif telah didapati di Facebook, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 tin cendawan butang (potong dadu)
  • 2 batang lobak (potong dadu)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 batang sosej (hiris kecil)
  • 3 keping burger ayam
  • 1 tin cream of mushroom prego (tin biru)
  • 3 keping chedar cheesedale
  • Sedikit susu fullcream
  • Sedikit butter

Cara – cara memasak:

  • Panaskan 1 sudu kecil butter, masukkan bawang holland, tumis sekejap je.
  • Masukkan daging burger, kacau bagi hancur dan tidak berketul, masukkan sosej, lobak dan cendawan.
  • Kacau sebentar kemudian masukkan sos cream of mushroom prego, kacau sebati, kalau pekat sangat, letakkan susu full cream.
  • Jangan banyak sangat. Agak – agak, perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, gula sikit dan garam.
  • Agak – agak dah sebati, masukkan cheese keping tadi. Gaul sampai cheese cair. Siap.
  • Sejukkan dahulu sebelum menggulung. Selamat mencuba.

4) Resepi Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.Sup ini mengabungkan tauhu Jepun yang lembut bersama cendawan butang lalu memberi satu rasa yang menarik, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang
Image via Facebook

Bahan-bahan

  • 2 tiub tauhu jepun (potong 8 setiap satu)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 liter air
  • 1 tsb sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • Sayur-sayuran dan cendawan butang
  • 2 biji telur ayam (kacau seperti telur dadar)
  • Sedikit tepung jagung dicampur air
  • Garam

Cara – cara memasak:

  • Goreng kedua-dua belah tauhu jepun. Jangan sehingga pecah. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan masukkan air, sos tiram, kiub ayam dan sayur-sayuran serta cendawan butang.
  • Kemudian, masukkan telur dan kacau.
  • Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng.
  • Masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Perasakan dengan garam.
  • Hidang dan tabur bawang goreng dan daun sup.

5)Resepi Sup Telur dan Cendawan

Resepi ini dikongsikan oleh Joha Hassan II dan mendapat banyak komen positif. Ianya amat ringkas namun mengenyangkan. Nikmati ia bersama nasi panas terutama ketika musim hujan memberi kepuasan tidak terhingga. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Sup Telur dan Cendawan
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5 biji telur (rebus berasingan)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1 biji bawang putih (hiris)
  • 1 cili merah (hiris)
  • 1 cili hijau (hiris)
  • Air atau stok ayam
  • 1 paket tauhu kering
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 1 paket cendawan enoki (siat kecil)
  • 1 sudu besar bawang merah goreng
  • Garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun sup (potong halus)
  • Minyak sedikit untuk menumis

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak sedikit di dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris.
  • Apabila sudah naik bau dan lembut, masukkan air atau stok ayam.
  • Selepas itu, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk.
  • Selepas itu, masukkan tauhu-tauhu kering dan cendawan.
  • Kemudian, masukkan telur yang sudah direbus secara berasingan dan daun sup.
  • Tutupkan api dan gaulkan supnya secara perlahan.
  • Sajikan panas-panas bersama dengan bawang merah goreng.

6)Resepi Ayam Sizzling Cendawan

Resepi ini dikongsikan oleh Rarra Sakura dan mendapat banyak likes dan shares di Facebook. Lazimnya masakan ini ditemui di food court kerana ianya dihidangkan didalam pinggan panas (hot plate). Namun begitu anda juga boleh mencubanya sendiri dirumah.

Resepi-Ayam-Sizzling-Cendawan
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 3 cawan air
  • 10 tangkai cili kering (potong) *
  • 5 tangkai cili api (ketuk) *
  • 8 ulas bawang putih (ketuk) *
  • 1 1/2 inci halia (ketuk) *
  • 1 biji bwg holland (hiris) *
  • 1 sb minyak (untuk tumis bahan bertanda *)
  • 6 sb sos tiram
  • 6 sb kicap manis
  • 6 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 biji kiub ayam/1 sk serbuk pati ayam
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • 4 sb tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Garam
  • 1 sb gula
  • Cendawan

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * tadi sampai naik bau .
  • Goreng garing cili kering. Kemudian, masukkan ayam, goreng sehingga separa masak. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair dan minyak bijan secukupnya. Sukatan atas tu anggaran.
  • Masukkan kiub ayam/serbuk pati ayam, lada sulah, lada hitam, garam dan gula secukupnya.
  • Kemudian, masukkan cendawan tiram dan enoki. Biar masak elok.
  • Agak-agak kuah sudah surut, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Kacau-kacau sedikit dan tutup api.
  • Siap! Sediakan bersama sayur dan nasi tau yee mee.

7 ) Resepi Cendawan Kukur

Masakan ini sangat popular dikalangan masyarakat kampung. Cendawan kukur biasanya ditemui diatas batang kayu yang telah mati. Namun kini anda boleh dapati ia dipasar tani yang menjual sayur-sayur kampung. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Satu piring Cendawan Kukur (buang kulit bawahnya dan dibersihkan)
  • Sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar 
  • 2 batang serai – dititik
  • 6-8 biji cili padi 
  • 1 cawan santan+1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor 
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Sedikit garam

Kaedah 

  • Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
  • Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta ikan bilis, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan cendawan kukur , biarkan seketika, akhir sekali baru masukkan asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau selalu.
  • Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas

8) Resepi Cendawan Enoki Campur

Cendawan emoki ialah sejenis cendawan yang panjang-panjang. Sekali dilihat rupanya selepas masak seperti mee. Namun begitu ia adalah sejenis cendawan yang sedap digoreng dan dijadikan hidangan sampingan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 peket cendawan enoki.
  • 4 batang jagung kecil
  • ½ batang lobak merah 
  • 10 batang kacang buncis
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit sos ikan
  • Secubit garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan cendawan, buang akarnya dan basuh, ketepikan.
  • Bersihkan sayur-sayuran lain dan hiris memanjang, ketepikan.
  • Tumbukkan bawang putih bersama ikan bilis.
  • Sediakan minyak panas, tumis bawang putih yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan sos ikan, sedikit garam jika perlu dan serbuk perasa.
  • Tambahkan sedikit air jika perlua, masukkan lobak merah, kacang buncis dan jagung manis tadi.
  • Akhir sekali masukkan cendawan dan masak sehingga semua sayur masak tetapi jangan terlalu lama agar kemanisannya dapat dipelihara.
  • Siap untuk dihidangkan.

9) Resepi Sup Cendawan Isi Ayam

Resepi ini dikongsikan oleh Sharifah Nur Atiqah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia merupakan sejenis sup cendawan masakan barat. Lazimnya ia dijual didalam tin, namun kini anda juga boleh menyediakan ia sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

sup-cendawan-isi-ayam
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Cendawan butang 2-3 genggam dipotong halus
  • Susu segar 700ml
  • Air 300ml
  • Isi ayam potong halus (jika suka)
  • Cheddar cheese sesuka hati
  • Tepung jagung 2 sudu besar
  • Bawang holland 1 biji dipotong halus
  • Bawang putih 2 biji dipotong halus
  • Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
  • Oregano, parsley, basil (Italian herbs)

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang holland dan bawang putih
  • Masukkan susu dan air
  • Masukkan cendawan dan isi ayam
  • Masukkan cheddar cheese
  • Masukkan tepung jagung
  • Kacau sampai mendidih. Tengok kepekatan jika nak cair, tambah air. Jika nak pekat tambah cheese/tepung jagung
  • Masukkan garam dan sesuaikan rasa.
  • Tabur lada hitam serta italian herbs tu.
  • Siap!

10) Resepi Sup Cendawan & Garlic Bread

Resepi kali ini telah dikongsikan oleh Izrin Hariri dan ramai telah kongsikan resepi ini di Facebook. Masakan ini paling popular di restoran makanan segera seperti Pizza Hut. Namun kini anda boleh menyediakan ianya dirumah anda sendiri. Berikut adalah bahan yang diperlukan,

sup-cendawan-dan-garlic-bread
Image via Facebook

Bahan – bahan:

Sup Cendawan

  • 5 biji cendawan butang (fresh) saya potong kecil-kecil
  • Separuh bawang holland (dadu kecil), 
  • 2 ulas bawang putih (minced/potong halus), 
  • Butter 2 sudu (untuk menumis), 
  • Susu segar,
  • Tepung jagung (dibancuh air sejuk)
  • Garam dan daun parsley flakes (pilihan)

Croutons

  • Roti sekeping
  • Butter
  • Garlic Bread
  • Butter suhu bilik,
  • Parsley flakes
  • Minced garlic (bawang putih hancur)

Sup Cendawan

  • Tumis bawang holland sehingga naik bau dengan butter.
  • Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu.
  • Masukkan bawang putih dan tumis semua. 
  • Tuang susu segar ke dalam pot dan kacau. (Sukatan susu adalah bergantung pada kuantiti yang anda inginkan)
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dalam sup dan tengok tekstur sup kalau cair, tambah lagi air bancuhan tepung jagung sampai likat.
  • Perasa dengan garam. Tunggu sehingga sup mendidih untuk butter betul-betul bercampur dengan sup.

Croutons:

  • Sapu butter atas lapisan roti. 
  • Potong kecik-kecik
  • Sapu lapisan tray dengan butter 
  • Toast dalam oven (150 celcius – 15 min) atau sehingga warna keperangan.
  • *croutons boleh juga dimakan dengan salad. Kalau nak letak seasoning sebelum toast pun boleh (garlic powder ke atau apa – apa)

Garlic Bread

  • Campur butter dengan bawang putih yang telah dihancur.
  • Sapu atas roti. 
  • Bakar dalam oven guna suhu di atas dan bawah

10 resepi masakan menggunakan cendawan ini dikumpul agar dapat membantu menyediakan pelbagai hidangan untuk keluarga anda. Cendawan amat mudah dibeli di super market yang terdapat dinegara kita. Manakala cendawan seperti cendawan tiram dan cendawan kukur boleh ditemui dipasar-pasar tani atau pasar pagi.

Diharap akan anda sudi mencuba resepi dalam koleksi kali ini, jangan lupa kongsikan agar dapat dimanafaatkan orang lain. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *