Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Telur dan Cendawan (Comfort Food!)

author name

📄

Anda mencari resepi yang mesra kanak kanak? Inginkan comfort food sewaktu demam? Kali ini kami bawakan resepi sup telur dan cendawan khas buat anda semua!

Resepi sup telur dan cendawan ini mudah untuk disediakan. Ianya menggunakan bahan yang ringkas dan pastinya digemari oleh semua lapisan masyarakat. Ianya juga tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.

Resepi ini dikongsikan oleh Joha Hassan II dan mendapat banyak komen positif. Jom kita tengok!

Resepi Sup Telur dan Cendawan

Resepi Sup Telur dan Cendawan
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5 biji telur (rebus berasingan)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1 biji bawang putih (hiris)
  • 1 cili merah (hiris)
  • 1 cili hijau (hiris)
  • Air atau stok ayam
  • 1 paket tauhu kering
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 1 paket cendawan enoki (siat kecil)
  • 1 sudu besar bawang merah goreng
  • Garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun sup (potong halus)
  • Minyak sedikit untuk menumis

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak sedikit di dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris.
  2. Apabila sudah naik bau dan lembut, masukkan air atau stok ayam.
  3. Selepas itu, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk.
  4. Selepas itu, masukkan tauhu-tauhu kering dan cendawan.
  5. Kemudian, masukkan telur yang sudah direbus secara berasingan dan daun sup.
  6. Tutupkan api dan gaulkan supnya secara perlahan.
  7. Sajikan panas-panas bersama dengan bawang merah goreng.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *