Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Ekor Berempah Daun Pandan Tumis Darat Makan Nasi Confirm Bertambah

author name

Resepi ini merupakan resipi sup ekor yang sangat popular di gerai masakan Tom Yam. Namun begitu perkongsian kali ini akan menyediakan sup ekor yang berempah. Ia berbeza dengan sup ekor yang dijual di kedai kerana ia lebih berempah panas dan pedas. Paling sedap dinikmati terutamanya di musim hujan bersama nasi panas ataupun cicah sahaja dengan roti. Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 500g ekor lembu
  • 3 sudu minyak masak
  • 4 sekawan rempah
  • Bawang merah + bawang putih + halia kisar halus dan tapis untuk buang airnya.
  • 1 pek kecil rempah sup adabi
  • 1 pek kecil rempah kurma adabi
  • *campur kedua rempah ini dengan air hingga ia menjadi pes
  • Daun pandan
  • Ubi kentang
  • Daun ketumbar
  • Carrot (kalau suka)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula basuh ekor dengan cuka dan air
  • Bilas beberapa kali hingga jernih warnanya 
  • Selepas itu rebus ekor hingga empuk
  • Ketepikan
  • Dalam periuk tambah minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama 4 sekawan.
  • Biarkan naik bau dan tambah daun pandan.
  • Masukkan pes rempah tadi dan biarkan ia naik minyak.
  • Selepas itu bolehlah tambah ia kedalam ekor yang telah direbus tadi.
  • Masak semula dan tambah kentang dan carrot jika suka.
  • Masak hingga kentang dan carrot empuk dan kemudian tambah garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali bolehlah dihidang dengan daun ketumbar dan bawang goreng.
  • Siap!

Daun pandan memang jarang digunakan dalam masakan bersup namun anda perlu cuba kerana rasanya lebih sedap oleh kerana aroma daun pandan yang sangat wangi.Untuk merebus ekor sehingga betul-betul empuk sebaiknya gunakan lah pressure cooker. Tetapi anda boleh juga guna periuk biasa cuma ia akan memakan masa. Masakan ni kalau hendak makan dengan nasi boleh juga dihidang bersama dengan sambal belacan ataupun bersama telur dadar pergh nyaman sekali!. Terpulanglah pada citarasa anda selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.