Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi Resepi Daging Sedap Nak Buat Pun Senang

author name

📄

Kalau anda mencari resepi daging untuk dijadikan sebagai panduan, jangan risau artikel kali ini kami akan senaraikan koleksi resepi daging yang sedap untuk anda cuba di rumah,

Resepi daging yang kami kongsikan ini mendapat banyak perkongsian di Sosial Media. Jangan risau resepi yang bakal anda baca ini pasti menghasilkan resepi daging yang lazat. Jom baca koleksi resepi daging ini.

Resepi Daging Masak Kicap Berempah

Resepi daging yang pertama ialah daging berempah kicap. Jika sebelum ini anda masak kicap yang biasa, resepi dari Fadhilah Shaari ini mempunyai tekstur berempah dan kuah yang pekat. Jom baca.

Bahan-bahan

  • Daging
  • Rempah kari daging
  • Bawang merah
  • Halia
  • Daun kari
  • 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis ) buah pelaga
  • Kicap
  • Serbuk lada hitam
  • Gula dan garam
  • Air asam jawa
  • Cili padi

Cara Penyediaan

  1. Perap daging sekejap dengan rempah kari daging.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, halia, daun kari, 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis ) buah pelaga.
  3. Masukkan daging yang dah diperap. Gaul rata sampai pecah minyak, kurang berkuah.
  4. Letak kicap, serbuk lada hitam sikit, gula sikit, garam. Gaul.
  5. Masukkan air asam jawa, gaul, besarkan api, tabur bawang merah, Letak cabai kalau nak pedas, gaul dan siap.

Resepi Lasagna Daging

Kali ini kita beralih arah kepada menu western. Resepi lasagna daging ini juga sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau malam. Jika anda rasa bosan asyik makan nasi boleh tukar kepada lasagna daging, memang kenyang. Resepi ini dari Nur Hazlina Othman.

Bahan-bahan

Bahan inti

  • Daging kisar (1paket 400g) guna brand Ramly
  • Sos spageti (1 tin)
  • Sos cili – tambah sebab nak rasa pedas
  • Bawang holland(1biji) – cincang
  • Bawang putih (5ulas) – cincang
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

Sos putih

  • 5 sudu besar mentega
  • 3 sudu tepung gandum
  • 500ml susu segar
  • 2 keping keju

Cara Penyediaan

  1. Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air.
  3. Masukkan sos spagethi, sos cili. Kacau.
  4. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
  5. Siap dan ketepikan.

Sos putih

  1. Cairkan mentega
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
  3. Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.

Lasagna @ roti Gardernia

  1. Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
  2. Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
  3. Susun selang seli.
  4. Lasagna, inti, sos putih. Buat berlapis. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarella cheese. Lagi banyak lagi sedap.
  5. Bakar pada suh u 150’C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..
  6. Siap untuk dimakan!

Resepi Daging Masak Ketumbar

Resepi daging masak ketumbar ini versi pekat, sedap dimakan bersama nasi putih cukup bangkitkan rasa. Lauk yang simple tapi cukup mengenyangkan. Resepi ditulis oleh Aziah Nima.

Bahan-bahan

  • Daging lembu 1 kilo
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Cili merah*
  • Kunyit hidup*
  • Halia*
  • Biji ketumbar 2 sudu
  • Serai 2 batang di ketuk
  • Asam jawa 1 sudu
  • Gula 1 sudu

Cara Penyediaan

  1. Bawang Holland potong kasar, cili padi hijau, cili padi merah masukkan last sekali untuk garnish.
  2. Blend semua bahan yang bertanda * diatas lepas tu perapkan dengan daging dan asam jawa dan gula dalam satu jam.
  3. Panaskan minyak, tumis serai dan semua daging yang dah perap tadi,
  4. Daging akan keluarkan air yang banyak tutup kuali tunggu kering sikit dan tambah lagi air paras daging tadi dan tutup balik api sederhana.
  5. Kerap kacau ya jangan sampai hangus.
  6. Bila air daging dah kering dan dah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan bawang holland dan cili padi sebiji kacaukan sekejap dan tutup api. Siap!

Resepi Daging Masak Hitam

Resepi daging masak hitam ini kerap kita jumpa di kenduri kahwin. Dipadankan pula dengan nasi biriyani atau nasi minyak, memang serasi. Resepi ini dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh.

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • 2 bawang besar
  • 2 btg serai
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Bahan tumis

  • 2 bawang merah atau besar dihiris nipis

Bahan lain

  • 1 sudu jintan manis
  • 1sudu jintan putih
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar cili kering
  • 3 sudu gula melaka
  • Garam dan aji
  • 4 sudu kicap pekat

Cara Penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang yg dihiris nipis. sehingga perang.
  3. Masukkan bahan kisar. masak sehingga perang.
  4. Masukkan cili kering kisar.
  5. Masukkan gula melaka.
  6. Masukkan kicap pekat.
  7. Perasakan.
  8. Masukkan daging dan masak sehingga sekata.

Resepi Dendeng Minang Berlado

Resepi dendeng minang ini merupakan resepi asal dari Indonesia. Menggunakan banyak cili pasti membuatkan anda kecur air liur. Resepi ini sesuai untuk anda penggemar makanan pedas. Jom baca resepi dari Seri Syahrial

Bahan-bahan

  • 1/2 kg daging direbus empuk
  • 1/2 inci halia dan 4 ulas bawang putih dikisar/tumbuk untuk perapan
  • Garam

Bahan kisar (B)

  • 5-6 biji cili merah besar
  • 2-3 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 biji tomato saiz sederhana

Cara Penyediaan

  1. Hiris lebar daging yang dah direbus empuk tadi dan perap dengan halia, bawang putih dan garam sekurang-kurangnya 1/2 jam.
  2. Gunakan air rebusan untuk kisar bahan (B) dan ketepikan.
  3. Goreng daging sampai garing. Serdak-serdak perapan tu pun kaut sekali, jangan buang.
  4. Gunakan minyak yang sama untuk tumis bahan kisar (B).
  5. Bila cili dah mula pecah minyak, masukkan daging. Boleh masukkan garam secukup rasa.
  6. Biarkan sampai betul-betul pecah minyak. Dah siap dan boleh dihidang.

Resepi Daging Masak Kunyit

Antara resipi lauk yang cukup ringkas tapi padat dengan sumber khasiat, Mengandungi sumber protein dan sayur-sayuran tak perlu lagi lauk tambahan. Resipi daging goreng kunyit ini sedap dimakan dengan nasi putih dan sedikit sambal belacan. Resepi ini dari Norashikin Ismail.

Bahan-bahan

  • Daging hiris ikut kesesuaian
  • Bwg merah + bawang putih ( mayang )
  • Cili padi potong serong
  • Cili merah cili hijau ( mayang )
  • Carrot potong pjg,
  • Kacang panjang
  • Bahan perasa jika masih perlu

Cara Penyediaan

  1. Daging cuci bersih gaul garam kunyit.
  2. Masukkan dalam kuali tambah air sehingga tenggelam daging (lebih pun tidak apa dagign lagi empuk).
  3. Dah kering air masuk minyak + bawang merah + bawang putih dan gaul sebati.
  4. Masuk carrot + cili merah + cili hijau.
  5. Gaul sebati perasakan masuk kacang panjang tambah air sikit nak bagi daging lembab sikit dan siap.

Resepi Daging Goreng Merah Terengganu

Resepi daging ini pula berasal dari Pantai Timur, Resepi daging goreng merah, seakan-akan asam pedas kan, tapi ada kelainan sikit, Jom baca resepi dari Ae Jaa.

Bahan-bahan

Blend

  • Bawang besar ( 2@3 biji)
  • Bawang putih (4@5 ulas)
  • Halia 1 inci

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan blend dengan 3 sudu cili boh. (Tak nak pedas boleh kurangkan). Tumis sampai naik minyak.
  2. Masukkan sos cili sos tomato dan kicap. Dalam 1@2 sudu besar sahaja. Kicap untuk bagi gelapkan sikit warna kuah.
  3. Masukkan daging yang dihiris nipis, senang anak-anak nak makan. Masukkan air dan asam keping. Tunggu daging lembut. Kalau air berkurang, boleh tambah lagi.
  4. Bila daging dah lembut, kuah dah nampak memekat, boleh masukkan garam, gula, aji, dan lada hitam.
  5. Agak-agak dah pekat, boleh tutup api. Hidang. Makan dengan nasi panas.

Resepi Rendang Daging

Rendang daging ini juadah yang sering kita lihat ketika Hari Raya kan? Tapi jika anda teringin nak makan tak perlu tunggu perayaan buat sekarang pun boleh. Resipi ini dikongsikan oleh Suriani Mohd.

Bahan-bahan

  • Bawang merah 20biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Halia 4inci
  • Lengkuas 3inci
  • Kunyit hidup 3inci / kunyit serbuk 2sudu
  • Serai 20
  • Cili kering 30tangkai / cili api pon bolih
  • Bahan-bahan dihiris blend

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan-bahan sampai pecah minyak.
  2. Masukan rempah kari babas 2sudu + air.
  3. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukan daging + air. Masak sampai lembut hngga kering.
  5. Masukan gula gabung 1/2 sahaja.
  6. Masukkan santan kara 500ml+ air 1 kotak (guna kotak santan).
  7. Kerisik 500g.
  8. Garam & secukup rasa.
  9. Reneh sampai kering.
  10. Tabur daun kunyit / daun limau.
  11. Gaul dan siap. Selamat mencuba.

Resepi Sup Daging Tulang

Resepi sup tulang dan daging juga merupakan menu kegemaran kan? Boleh dimakan bersama bihun, mee dan nasi. Orang kata comfort food. Nak lagi sedap bila makan bersama sambal kicap. Jom baca resepi dari Aisyah Humaira.

Bahan-bahan

Bahan tumis

  • 6 biji bawang merah dihiris (bawang kecil)
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 5 keping hirisan halia

Bahan berikut

  • 1kg setengah anggaran daging campur tulang dan dicuci bersih
  • 2 pek kecil rempah sup Adabi
  • Daun sup secukupnya
  • 1 batang saderi dihiris
  • 2 sudu perahan limau nipis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam, gula, aji secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang garing.perlahankan api masukkan 1 peket rempah sup kacau sebati dan terus masukkan air
  2. Masukkan daging dan tulang kacau sebati. Air biar lebih sebab nanti akan kurang kerana tempoh daging untuk empuk/masak agak lama
  3. Masukkan garam,gula dan aji secukup rasa dan biarkan daging mereneh dengan api paling perlahan hingga daging lembut. 30-40 minit Jika air kurang sila tambah lagi.
  4. Daging dah masak boleh la tabur daun sup, sederi, hirisan tomato dan cili padi.

Resepi Daging Black Pepper

Less is more. Lauk yang ini memang digemari ramai kan, Tak perlu dah lauk yang lain, ini pun dah mengenyangkan. Jom baca resepi daging goreng blackpepper ini dari Zizah Mizie.

Bahan-bahan

  • Daging (hiris nipis)
  • Bawang besar/bwg holland*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Cili api*
  • Sos tiram
  • Sos blackpepper

Bahan bertanda **hiris kasar

Cara Penyediaan

  1. Daging yang dah dihiris nipis basuh & toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  3. Masukkan daging goreng hingga keluar airnya seterusnya keluar minyak daging sendiri.
  4. Masukkan bahan hirisan, tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan 1/2cwn air.
  6. Masukkan garam & ajinamoto.
  7. Masukkan 3sudu sos tiram.
  8. Masukkan 3sudu sos blackpepper.
  9. Kacau hingga berkilat dan perasakan.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa yang cuba koleksi resepi daging yang mudah ini. Pelbagai lagi resepi menarik untuk anda kami telah sediakan. Jangan lupa share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *