Resepi Cendawan Kukur (Masak Lemak Cili Api)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan kampung. Cendawan kukur masak lemak cili api ini merupakan salah satu masakan berasaskan cendawan, dan cendawan yang digunakan ialah cendawan kukur. Cendawan kukur ini biasanya tumbuh diatas batang kayu yang telah reput. Ia biasanya dimasak dalam masakan lemak cili api atau masakan bening. Dimakan bersama ulam ulaman dan juga ikan bakar atau ikan masin sahaja.

Untuk memasak cendawan kukur ini ia haruslah dibersihkan berulang kali sehingga ia bersih dan bertambah jernih warnanya, bagi anda yang ingin mencuba , cendawan kukur boleh dibeli dipasar pagi kerana biasanya ia lebih segar. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Resepi Cendawan Kukur (Masak Lemak Cili Api)


Bahan-bahannya 

  • Satu piring Cendawan Kukur (buang kulit bawahnya dan dibersihkan)
  • Sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar 
  • 2 batang serai – dititik
  • 6-8 biji cili padi 
  • 1 cawan santan+1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor 
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Sedikit garam

Kaedah 

  • Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
  • Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta ikan bilis, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan cendawan kukur , biarkan seketika, akhir sekali baru masukkan asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau selalu.
  • Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas
Resepi Cendawan Kukur (Masak Lemak Cili Api) 2

Jika anda tidak suka makan pedas, anda boleh menggunakan cili merah dan tambahkan sedikit lada hitam. Ada sesetengah resepi menambah jantung pisang atau pucuk paku malah udang juga sedap dimasak bersama cendawan kukur, diharap anda sudi mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Udang Galah Masak Lemak

Resepi Masak Lemak Jantung Pisang

Resepi Lemak Cili Api Daging Salai