Thailand Butter Chicken

arini buat ni je thai bread chiken creamy

maaf lambat share resepi ..
Resepi Creamy Chicken Thai Bread

Resepi Bun

500 gm tepung gandum
80 gm gula yang dikisar halus/kastor
5 gm garam
20 gm susu tepong
5 gm bread softner
5 gm bread improver
12 gm instant yis
1sudu kecil baking powder
1biji telor saiz A / 2 biji saiz c – (pecahkan dlm mangkuk dan tambah garam dan kacau hingga sebati)
70 gm butter / saya guna shortening
225 gm air sejok /kalau guna 2 biji telor saiz c kurangkan air kepada 180-190gm

cara:
*campur semua bahan kering, kalau boleh garam jgn dicampur sekali ngan yis …sbb tu saya campurkan telor dan garam..dan curah dlm adunan nanti
*nak tau samada yis kita tu elok atau tidak..lbh baik yis dicampur dgn air suam
sedikit dan tambah 1 sudu kecil gula kastor .biarkan 5 minit.jika ia berbuih dan
mengembang maka yis tu aktif
*masukkan bahan cecair, uli sehingga sebati.
*masukkan butter/shortening, uli hingga doh licin dan elastik dlm 20-30 minit..
rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik sekali ganda dan
* tapi kalau cuaca agak sejuk proses pengembangan agak lambat mgkn lebih pada sejam…
*doh dah kembang ..tumbuk2kan doh tersebut..bulat2kan doh seberat 30gm
*biarkan doh selama 25-30 minit.. tutup dengan plastik atau kain ye atas permukaan roti tu..

* Panaskan minyak dalam kuali, terlebih dahulu

* sediakan breadcrumb ..saya guna 2 warna..satu oren dan satu natural.. campurkan kedua duanya…

*pecahkan sebiji telor untuk dijadikan pencelup pada roti nanti

* ambil doh roti yang dah naik sekali ganda celup pada telur dan kemudian golek2kan doh roti tadi pada breadcrumb. dan masukkan dlm minyak panas tadi..suhu api dapur jgn terlalu besar ye

* goreng sehingga kekuningan…angkat dan toskan minyak.

Inti Creamy Chicken

1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dipotong dadu
2 keping dada ayam yang dicincang halus
capsicum hijau, dipotong dadu
sebiji tomato dipotong dadu
cendawan butang dipotong nipis
1 sudu kecik lada hitam tumbuk
1 kiub ayam
garam

caranya
1. Cairkan butter dlm periuk. kemudian masukan tepung gandum..kacau sekata selama 3 minit. kemudian masukkan susu segar,
2. Masukkan perapan ayam (ayam diperap dgn garam dan lada hitam tumbuk dlm 30 minit) dlm periuk tadi. Kacau sebati
3. Masukkan bawang,capsicum, cendawan butang dan tomato . sentiasa kacau utk elakkan hangus.. dan sehingga agak2 pekat filling tersebut. siap

Potong tengah roti dan masukkan filling..hias mengikut kreativiti anda
#dorgsuka
#syhappy
#husbenluv

Kredit Resepi : Suriya Abd Ghani via mahn

Penulis