Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Buttermilk Pedas Berapi Tak Guna Cheese

Resepi seterusnya ialah resepi ayam buttermilk pedas yang mudah dan sedap dan boleh disediakan sendiri dirumah. Buttermilk chicken sememangnya amat digemari kerana keunikkan rasanya dimana bahan- bahan yang digunakan seperti butter, isi ayam, susu dan dalam sesetengah resepi ianya menggunakan cheese slice. Namun dalam perkongsian kali ini saya tidak menggunakan sebarang cheese tetapi ianya tetap pekat dan amat sedap, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan utama

Isi ayam bahagian dada hiris panjang-panjang.

  • Tepung ayam pedas bestari
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan sos

  • Butter 
  • Bawang putih ( cincang halus)
  • Daun kari
  • Cili api merah
  • Susu full cream
  • Garam secukup rasa
  • Air tepung jagung 

Kaedah

  • Mula-mula celup daging ayam dengan tepung bestari dan goreng dengan minyak panas.
  • Alih da toskan sebentar.
  • Untuk menyediakan sos cairkan butter dan tumis bawang putih.
  • Selepas itu masukkan cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu dan kacau segera dan kawal api agar tidak terlalu panas supaya bahan-bahan tidak cepat hangit.
  • Akhir sekali masukkan air tepung jagung, kacau dan sediakan untuk dihidangkan bersama hirisan cili api merah.
  • Siap!
  • *sukatan bahan-bahan adalah bergantung pada kuantiti ayam yang digunakan.

Tetapi jika anda suka pada rasa cheese, tidak perlulah anda tambah air tepung jagung kerana cheese memadai untuk memekatkan masakan ini. Saya gunakan cili api merah untuk menaikkan rasa pedas yang lebih optimum. Tapi jika anda tak suka anda boleh ganti dengan cili kering sahaja. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.