Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Butter Confirm Paling Sempoi Nak Buat

Resipi kali ini merupakan salah satu cara untuk menyediakan nasi nutter dengan cara yang sangat ringkas dan ianya sangat sesuai dijadikan hidangan bersama ayam goreng,lamb chop ataupun Chicken chop.Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini ialah rempah 4 sekawan bersama sedikit susu cair.Ā 

Gabungan bahan-bahan ini memberi rasa mirip nasi minyak namun begitu oleh kerana ia menggunakan butter sahaja jadi ia memberi rasa yang kurang memuakkan berbanding nasi minyakĀ  tetapi masih lagi sedap, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan utama

  • 4 cawan beras (cuci dan toskan)

Bahan tumisĀ 

  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 4 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang.
  • 2-4 tbsp butter

Bahan lain

  • 1 cawan susu cair
  • 5 cawan air
  • *guna cawan yang sama saiz anda sukat beras.
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Sedikit garamĀ 

Kaedah

  • Panas dan cairkan butterĀ 
  • Kemudian tumis bahan -bahan tumis.
  • Bila telah naik bau, masukkan beras yang telah dicuci.
  • Gaul rata agar sebati.
  • Masukkan air dan susu cair.
  • Akhir sekali masukkan kuib ayam dan sedikit garam.
  • Kacau dulu agar semua bahan sebati.
  • Masak nasi guna periuk letrik seperti biasa.
  • Hidang dengan lamb chop, chicken chop ataupun ayam masak merah.
  • Siap!

Kebiasaan nya nasi ini dihidang bersama lancar ataupun screenshot namun begitu lebihannya juga boleh digoreng dan tetap menjadi rasa yang menarik jadi jangan lupa untuk mencuba sendiri resipi ini selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!