Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Ayam Gepok Pedas Berapi

author name

Resepi kali ini merupakan satu resepi franchise yang berasal dari negara Indonesia. Nasi ayam gepok adalah satu jenama nasi ayam geprek yang sangat terkenal diIndonesia. Ianya dinamakan geprek kerana ayam yang digoreng tepung akan dilenyek menggunakan lesung batu Indonesia atau dengan nama lainnya ialah gobek. Selepas itu ayam itu akan digaul dengan sambal yang sangat pedas kerana menggunakan cili api merah yang terkenal dengan tahap pedas melampaunya. 

Biasanya nasi ayam gepok ini dihidang dengan hirisan timun, daun kobis atau kacang panjang yang dijadikan ulam. Berbeza dengan nasi ayam penyet kerana ia tidak dihidang bersama sup. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini.

Bahan-Bahan

  • ½ ekor ayam diptong beberapa bahagian
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau
  • Tepung goreng ayam segera
  • 15-20 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas cili merah
  • 1 biji tomato
  • Garam dan gula secukup nya
  • 2 sudu besar serbuk kacang badam
  • Bersihkan ayam terlebih dahulu dan perap selama 15 minit di dalam suatu bekas
  • Sementara itu, didalam bekas lain, masukkan tepung goreng ayam.
  • Goreng ayam sehingga garing dibahagian luar dan masak dinbahagian dalam.
  • Toskan.
  • Kemudian goreng semua bahan sambal kecuali serbuk kacang  badam, apabila bahan telah layu, keluarkan semua bahan.
  • Masukkan kedalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat.
  • Namun jika anda tidak rajin anda boleh mengisar sahaja sehingga halus.
  • Akhir sekali keluarkan sambal dari pengisar dan curah dengan minyak panas.
  • Sebelum dihidangkan, ambil ayam yang telah digoreng dan tumbuk dengan lesung batu agar ianya pecah barulah ditambah sambal ayam geprek tadi.
  • Hidang bersama nasi , hirisan timun atau apa sahaja ulam yang anda suka.
  • Siap!

Sambal ayam gepuk ini tidak ditumis, ianya hanya dicurah dengan minyak masak yang panas mendidih, itu  salah satu sebab sambalnya sangat pedas. Tetapi bagi meredakan kepedasannya perkongsian kali ini ini mengunakan versi sambal bersama serbuk kacang badam atau anda boleh juga menggunakan serbuk kacang tanah sahaja. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini sebagi hidangan keluarga anda, jangan lupa mencuba ye!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *