Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Ayam

Siapa suka makan jantung pisang? Tahukan anda bahawa jantung pisang mempunyai banyak khasiat kesihatan? Ianya baik untuk pesakit kanser, diabetes, kolesterol, melancarkan aliran darah, makanan diet, sebagai sumber protein, karbohidrat dan banyak manfaat lain.

Anda yang suka makan kerabu mesti tidak asing lagi dengan jantung pisang ini. Namun kami tambahkan idea olahan jantung pisang lazat lainnya iaitu masak lemak cili api dengan ayam. Boleh bayangkan betapa lazatnya jantung pisang dimasak lemak cili api.

Makan tengah hari ini dengan jantung pisang masak lemak cili api. Lauk ini dimakan dengan nasi putih, sambal belacan dan ikan kering. Amboi, sedapnya! Menitik air liur makan tidak tengok kiri kanan.

Jom cubakan resepi unik dan menarik jantung pisang masak lemak cili api ayam yang dikongsikan oleh Zuraidah Ismail di laman Facebook. Selamat mencuba.

Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Ayam

jantung pisang masak lemak
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Jantung pisang,
  • Ayam,
  • Bawang besar/bawang merah,
  • Cili api,
  • Kunyit serbuk/kunyit hidup,
  • Daun kunyit dihiris,
  • Serai,
  • 3 ketul asam keping,
  • Garam,
  • Santan 1 kotak.

Cara-cara :

  1. Jantung pisang direbus dulu.
  2. Blend bawang merah, cili api dan kunyit. Kemudian tumis.
  3. Terus masukkan asam keping.
  4. Masukkan garam.
  5. Bila sudah naik bau masukkan serai.
  6. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
  7. Masukkan santan. Tambahkan sedikit air.
  8. Jika ayam sudah masak, masukkan jantung pisang yang sudah direbus tadi.

    jantung pisang masak lemak
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi jantung pisang masak lemak cili api, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi
Resepi Koci Pulut Hitam
Resepi Ayam Lemak Panggang

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!