Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kunafa Berkrim Boleh Buat Sendiri

author name

📄

Resepi kali ini merupakan satu resepi Arab yang mula mendapat tempat dikalangan orang tempatan. Kunafa adalah sejenis manisan yang menggunakan pastri khas Turki yang boleh didapati dikedai membekalkan bahan mentah manisan Arab. Ianya biasanya dimasak bersama mozarella cheese, krim dan selepas dibakar ianya akan dicurah dengan air gula atau resepi asal menggunakan air mawar. Oleh itu bagi anda yang mencari-cari resepi kunafa ini, boleh lah anda mendapat bahan-bahan secara online ataupun dikedai yang menjual barangan Arab.

Bahan-bahan

  • 3/4 pastri kunafa Turki
  • 190 gram butter

Cream filling

  • 350-360 gram fresh cream
  • 5 sudu besar cream cheese
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air

Sirap

  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil vanila / esen ros

Kaedah

  • Defrostkan kunafa kat luar sebelum ingin membuatnya.

Bahan dan kaedah air gula.

  • Masak gula bersama air dan vanila di atas api sehingga menjadi air gula yang pekat sedikit lebih kurang 10-15 minit. Padamkan api dan ketepikan.

Bahan dan kaedah cheese cream filling 

  • Masukkan fresh cream dan cream cheese di dalam bekas dan pukul hingga tak berketul.
  • Di atas periuk dengan api yang sederhana, bancuh tepung jagung dan air dan kacau sehingga bancuhan tak berketul. 
  • Masak dengan sambil kacau bancuhan tepung jagung tadi sehingga likat.
  • Masukkan bancuhan tepung tadi di dalam bekas yang mengandungi fresh cream dan kacau rata. 
  • Ketepikan.

Penyediaan kunafa

  • Di dalam satu bekas besar leraikan halus pastri kunafa dan ketepikan.
  • Cairkan butter di atas api sederhana, letakkan butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit di atas pastri kunafa sambil gaul balikkan dengan cepat.
  • Buat hingga habis butter dan mengenai semua pastri kunafa tadi.
  • Di dalam bekas pembakar segi tepat, ambil dalam separuh pastri kunafa dan susun dan tekan padat-padat hingga menutupi bekas. 
  • Letakkan cream filling tadi di atas kunafa hingga menutupi bekas. 
  • Kemudian susun lebihan pastri kunafa tadi di atas lapisan cream. 
  • Tekan dan padatkan perlahan-lahan.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 180 C lebih kurang 45 min sehingga kunafa berwarna keemasan.
  • Setelah masak keluarkan dari oven dan curahkan perlahan-lahan air sirap tadi di atas kunafa. 
  • Biarkan sejuk. Kalau suka boleh disimpan di fridge sekejap. 
  • Tabur kacang pistachios yang telah dicincang di atas kunafa sebelum dihidang untuk rasa lagi sedap

Untuk mendapatkan efek tarik, gunalah keju mozarella walaupun masakan seperti ini agak mahal jika dibeli diluar tetapi sebenarnya ia tidaklah sukar untuk disediakan. Selain dari kedai Arab, Kunafa pastri juga ada dijual secara online. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *