Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Brownies Dip Dip Tangkap Leleh

author name

Resepi kali ini merupakan satu lagi brownies yang telah menjadi viral. Oleh kerana daya kreatif adalah sesuatu yang tidak punya had, tukang masak yang sangat kreatif telah mereka sejenis brownies yang dinamakan Dip Dip. Ini sempena penggunaan  coklat topping yang banyak sebagai hiasan.

Bukan sekadar hiasan namun ia juga bertindak memberi rasanya yang menarik. Jika anda ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 190 g coklat compound (dark coklat)
  • 70 g butter 
  • (Cairkan semua dgn kaedah double boil)

Bahan B

  • 150 g gula kastor 
  • 2 biji telur saiz B
  • 1tsp esen vanilla

Bahan C

  • 100 g tepung gandum
  • 40 g serbuk koko
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp garam halus 

Bahan Dip & dip

  • Dark compound – cairkan tambahkan susu cair sedikit demi sedikit hingga mendapat tahap kecairan kita inginkan.
  • White Chocolate (Double boil)
  • Milk Chocolate (Double boil)

Kaedah 

  • Satukan bahan B pukul sehingga sebati (sekejap sahaja)
  • Masukkan bahan A, gaul sebati kemudian masukkan bahan C gaul lagi sehingga sebati
  • Tuang dlm loyang 8×8 inci yg telah digliskan
  • Bakar selama 40 – 45 minit suhu 160 darjah 
  • Apabila telah sejuk, tuang dark compound agar meliputi semua bahagian brownies.
  • Kemudian letakkan White dan milk Chocolate dalam beg piping.
  • Gunting halus muncungnya dan gariskan coklat putih dan milk dipermukaan brownies. 
  • Lorek untuk dapatkan corak cantik.
  • Siap!

Untuk brownies Dip Dip ini anda sebenarnya boleh menggunakan mana-mana resepi brownies. Perbezaannya hanyalah pada hiasan atau toppingnya. Sementara brownis yang original tidak mempunyai sebarang topping anda boleh juga mencuba resepi Dip Dip ini dan rasai kelainan dan keunikkannya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *