Resepi Serawa Durian Femes Musim Durian Senang Buat Konpom Jadi

Oleh:

Resepi ini adalah resepi kuah durian yang sangat mudah untuk disediakan. Serawa durian adalah sejenis manisan popular menggunakan durian, santan dan gula melaka. lazimnya dimakan bersama roti namun ia juga sedap dimakan bersama pulut atau dimakan begitu sahaja. Hidangan ini amat digemari terutama bila menjelang musim durian dan bagi anda yang mencari resepi mudah untuk menyediakan manisan untuk hidangan keluarga anda harus cuba resepi ini,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Isi durian (sukatan ikut selera anda)
  • Gula melaka 2 ketul ( saya pilih saiz kecil)
  • 200ml santan kara
  • Daun pandan disimpul
  • Air mengikut kepekatan diingini
  • ½ tsp garam

Kaedah

  • Campur semua bahan didalam periuk yang sesuai
  • Buka api dan masak hingga semua bahan cair
  • Tambah air sedikit demi sedikit hingga mencapai tahap kepekatan atau kecairan yang anda suka.
  • Siap!

Ini adalah salah satu cara paling mudah untuk menyediakan serawa durian tetapi ada sesetengah resepi menggunakan cara yang sedikit berbeza dan walaupun caranya tidak sama, namanya berbeza yang penting rasanya tetapi sama dan pasti mengasyikkan, terutama bagi peminat durian. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini