|

Resepi Sambal Jering Ikan Bilis Lain Macam Sedap

Resepi berikut merupakan satu lagi masakan kampung yang jarang-jarang ditemui. Jering biasanya dijadikan ulam oleh golongan warga emas, ini kerana ia mempunyai bau yang lebih kuat berbanding petai. Malah saiznya juga agak besar, dan cara menikmatinya juga berbeza. Masakan ini diperkenal oleh Allahyarham ibu mertua saya kepada saya. Oleh kerana saya dibesarkan dibandar, bagi saya agak pelik bila jering dijadikan bahan didalam sambal ikan bilis.

Berikut adalah bahan yang diperlukan, kebanyakkan bahan-bahan ini mudah ditemui dipasar tani.

Bahan-bahan

  • 1 piring kecil jering tua
  • Segenggam ikan bilis (siap kopek)
  • Segenggam cili kering (gunting dan rebus)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • ½ inci belacan
  • Asam keping 1 keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  • Bersihkan jering, kopek kulitnya dan kikis biji dalamnya. Potong kecil seperi batang mancis, rendam dalam 10 minit kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
  • Bersihkan cili kering dan kisar bersama bawang merah dan belacan.
  • Tumis cili yang telah dikisar, apabila telah naik minyak masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
  • Kemudian masukkan sedikit air jika ia terlalu pekat.
  • Tambahkan asam keping.
  • Masak lagi sehingga ia naik minyak sekali lagi.
  • Tambahkan garam,gula dan serbuk perasa.
  • Masukkan juga ikan bilis.
  • Kemudian tambah jering yang telah digoreng garing.
  • Gaul sehingga sebati.
  • Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
  • Gaul sebati dan siap!

Jering tua apabila digoreng garing dan dijadikan bahan utama dalam sambal ini, ia memberi satu rasa yang luar biasa sedap. Ia seperti kacang tetapi lebih lemak dan tidak pahit langsung!. Malah baunya juga tidak terasa,sebaliknya rasanya yang lebih mendominasi hidangan ini. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *