Resepi Siakap Steam Limau Nipis (Menyelerakan!)

Siakap Steam selalunya akan dipesan di restoran Thai. Ianya merupakan hidangan yang selalu dimakan bersama keluarga. Akan tetapi, jika anda mempunyai keluarga besar, membelinya diluar pasti tidak mesra ekonomi.

Kali ini kami bawakan resepi siakap steam limau nipis ala restoran yang boleh anda hidangkan sendiri. Ianya amat sesuai dihidangkan pada ahli keluarga!

Resepi ini dikongsikan oleh Fasz Fazli dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom lah kita tengok!

Resepi Siakap Steam Limau Nipis

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan siakap 1 ekor
  • Kiub ayam 1
  • 1 biji Bawang besar / bawang Holland (hiris)
  • Serai 2 batang (ketuk je)
  • Halia 3-4 hiris
  • Tomato 1 biji (belah 4)
  • Cili padi ikut suka
  • Daun limau purut 4 helai
  • Limau nipis (perah ambil jus dia )
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Perasa secukupnya
  • Daun ketumbar

Cara – cara memasak:

  1. Rebus air sampai mendidih (masukkan halia, serai, bawang).
  2. Masukkan garam, gula, perasa sikit.
  3. Masukkan tomato, daun limau purut.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkn ikan siakap (tutup sebentar bagi ikan masak)
  5. Perahkan limau, masukkan cili
  6. Masak sampai ikan sehingga sebati.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Give a Comment