Resepi Ikan Masak Merah Sekali Rasa Sure Repeat

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan resepi masak merah menggunakan ikan pula. Seperti masakan masak merah lain ianya menggunakan bahan-bahan yang hampir iaitu cili yang dikisar bersama bawang merah,bawang putih dan halia. Ikan yang palung sedap dimasak dengan resepi masak merah ini ialah ikan jenis besar seperti siakap, bawal ataupun tenggiri.

Ikan akan digoreng lebih awal dengan api yang besar agar isinya sedap berjus manakala kulitnya pula rangup. Baiklah bagi anda yang mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh dapatkan dipasaraya terdekat.

Bahan-bahan

  • 5 ekor ikan saiz sederhana
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
  • sos cili kimball
  • air asam jawa
  • garam
  • gula

Kaedah

  • Goreng ikan terlebih dahulu.
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
  • Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.
  • Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
  • Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.
  • Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan.
  • Sedia dihidang.

Selain dari menggunakan ikan jenis besar, ikan lain juga sesuai seperti ikan kembung atau ikan selar. Yang penting ikan yang segar kerana isi ikan yang manis segar amat sedap apabila dimasak masak merah seperti ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *