Resepi Sambal Hitam Pahang (Resepi Tradisi Pahang)

Sambal Hitam merupakan hidangan yang berasal daripada Pahang. Ianya merupakan hidangan yang berasaskan belimbing buloh. Selalunya, sambal hitam dijual secara bungkusan siap di restoran.

Akan tetapi, kali ini kami bawakan resepi sambal hitam Pahang yang lazat! Kini, anda juga boleh menyediakan sambal hitam hasil air tangan sendiri.

Resepi ini dikongsikan oleh Asal R. Sofyan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Sambal Hitam Pahang

Sambal-hitam-Pahang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Belimbing buluh
  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Minyak
  • Garam
  • Gula

Cara – cara memasak:

  1. Rebus belimbing dan masukkan sedikit garam.
  2. Tunggu sehingga belimbing kering dan berwarna gelap. Jika suka sambal yang belimbing nya halus. Tumbuk setelah direbus.
  3. Tumbuk kasar ikan bilis, bawang merah dan cili padi.
  4. Tumis bahan yang ditumbuk,dimulai dengan ikan bilis dan bahan lain kemudiannya.
  5. Masukan belimbing yang telah direbus, gaul rata. Masak sehingga kering dan perasakan dengan garam dan gula.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!