Resepi Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Viral Sedap Menusuk Kalbu

Resipi ini amat jarang-jarang ditemui namun jika sekali dicuba pasti akan digemari ramai. Mungkin kerana bahan utama yang digunakan didalam resipi ini bermusim. 

Sambal ikan bilis belimbing buluh ini amat mudah untuk disediakan. Antara bahan yang digunakan didalam resipi ini ialah ikan bilis, cili api,bawang besar, bawang putih dan sudah tentu belimbing buluh. Cili dan bawang direbus dahulu manakala ikan bilis ditumbuk-tumbuk pecah. Kemudian bahan-bahan ini ditumis sebelum ditambah belimbing buluh yang memberi rasa yang sangat menarik. Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • Segenggam ikan bilis (bersih, tos dan tumbuk kasar)

Bahan rebus

  • Segenggam cili api
  • Beberapa cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

Bahan lain

  • Kiub ikan bilis
  • Garam 
  • Serbuk perasa
  • Belimbing buluh (potong kecil)

Kaedah

  • Rebus bahan -bahan rebus
  • Kemudian tos dan tumbuk atau kisar kasar bersama ikan bilis.
  • Tumis bahan ini dan tunggu ia naik minyak sekejap.
  • Kemudian tambah garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan belimbing dan tutup api apabila ia telah bertukar warna.
  • Sedia untuk dihidang!
Resepi Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Viral Sedap Menusuk Kalbu 2

Rasa sambal ini persis sambal hitam iaitu sejenis makanan tang sangat popular berasal dari Pahang cuma bezanya ialah belimbing yang digunakan ialah belimbing segar. Apapun diharap anda akan mencuba resepi enak ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.