Koleksi 10 Resepi Kerabu Sedap Dan Sihat Sangat

Perkongsian kali ini akan membawa kepada himpunan resepi kerabu. Kerabu adalah sejenis makanan yang lazimnya disediakan mentah. Adalah pelbagai jenis kerabu yang boleh kita dapati dinegara kita.Namun kerabu juga boleh dijumpai dibeberapa negara di Nusantara kita ini. Bahan-bahan asas yang biasanya terdapat didalam kerabu ialah hirisan bawang merah, cili api,asam limau dan banyak lagi. Gabungan bahan-bahan ini adalah berbezamengikut jenis kerabu  tersebut.

Budaya masyarakat setempat dan faktor logistik  mempengaruhi rasa dan jenis kerabu yang dihidangkan. Namun begitu secara umumnya kerabu adalah hidangan sihat yang menggunakan makanan mentah yang mengabungkan pelbagai jenis bahan-bahan. Berikut adalah 10 resepi yang telah kami kumpullkan didalam perkongsian kali ini, mari lihat senarai berikut.

1) Resepi Kerabu Tauge Kerang

Disediakan menggunakan kerang yang dicelursahaja dan masih mempunyai rasa manisnya,kerabu ini digabung bersama tauge mentah. Ia memberi satu rasa yang rangup dan juga berjus. Amat sedap dan paling digermari ramai,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250gm taugeh- celur dan toskan
  • 500gm isi kerang
  • kacang kelisa/botol – dihiris
  • sedikit belacan-tumbuk
  • 2 biji cili merah-tumbuk
  • 10 biji cili padi- boleh tambahkn atau kurangkan-tumbuk
  • 2 biji limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai-hiris halus
  • 2 batang bunga kantan- hiris halus

Kaedah 

  • Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan2 hiris dan bahan2 tumbuk dalam mangkuk gaul hingga sebati.
  • Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati
  • Siap dan bolehlah dihidangkan

2)Resepi Kerabu Telur Masin

Seterusnya kerabu yang menggunakan telur masin sebagai bahan utamanya. Kerabu inidisediakan dengan begitu ringkas sekali. Ia tidak menggunakan banyak bahan, namun begitu ia adalah satu cara untuk menikmati telur masin dengan mudah sekali. Berikut adalah bahan-bahan yang  diperlukan.

Bahan utama

  • Telur masin siap di rebus

Bahan-bahan air asam

  • Daun limau purut di mayang halus
  • Cili padi di potong bulat
  • Tomato di potong dadu
  • Bawang merah di potong dadu
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • (Sukatan bahan ialah mengikut anggaran anda)

Kaedah

  • Gaul semua bahan-bahan air asam, biar secukup rasa dan sebati

Cara Penyediaan

  • Telur masin di belah 4
  • Di susun di dalam bekas
  • Masukkan kuah air asam secukupnya
  • Siap untuk dihidangkan

3)Resepi Kerabu Maggi Siam Viral

kerabu-maggi-siam-viral
image via Facebook

Kerabu ini istimewa kerana ia telah menjadi viral dan mendapat banyakpermintaa.biasanyaia dijual digerai masakanThai, namun begitu perkongsian dari Ariana Sofia Ahmad ini telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Maggi thai 2 bungkus
  • 3 ekor sotong sederhana dipotong kecik
  • 8 ekor udang dibuang kulit
  • 6 batang isi ketam dipotong 2@3
  • 1 batang sosej dipotong nipis (pilihan)
  • 1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili thai ( sos manis thai)
  • 1/2 sk ajinomoto
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 tangkai daun ketumbar di hiris halus(sedikit sahaja)
  • 1 biji bawang merah dipotong dadu
  • 4 biji cili padi dipotong kecik
  • 1/2 batang lobak merah diparut halus
  • Kobis ungu di hiris nipis
  • Sos ikan 2 sudu besar

Cara – cara memasak:

  • Mula-mula rebuskan maggi 1-2minit ataupun sehingga lembutDah masak angkat dan toskan.
  • Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
  • Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas.
  • Perahkan air limau nipis ke dalam bekas.
  • Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau taknak masam.
  • Masukkan sos ikan.
  • Masukkan sos cili thai.
  • Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing.
  • Akhir sekali masukkan semua rencah yang ada dalam maggi.
  • Sekarang gaul semua bahan bagi rata atau sebati.
  • Dah siap letakkan dalam bekas. Dan tabur sedikit daun ketumbar atas maggi.

4)Resepi Kerabu Udang Mangga

kerabu-udang-mangga
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Wan Marina Musa dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.Ia mempunyai rasa masam-masam manis, sesuai bagi peminat buah mangga, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Buah mangga muda
  • Udang kering
  • Kacang tanah
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Serai
  • Bunga Kantan
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara – cara memasak:

  • Parut mangga muda kemudian tumbuk udang kering, cili padi, dan kacang tanah.
  • Kemudian gaulkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  • Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
  • Siap

5) Resepi Nasi Kerabu

Resepi ini istimewa kerana ia bukanlah kerabu sahaja,namun ia mengabungkan nasi dan kerabu. Masakan ini amat digemari dan ia berasal dari Pantai Timur, ia dihidangkan bersama budu dan sambal lada yang amat sedap,berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan

Nasi Biru

  • 1 cawan nasi
  • 8 bunga telang (atau pewarna biru 2-3 titis)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Sambal Ikan

  • Seekor ikan pelaling, rebus dan keluarkan isinya
  • Kelapa parut sebelah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 4 bawang merah
  • 1 cm halia, dikupas
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih

Sambal cili

  • 3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
  • 4 bawang merah, dikupas
  • 300 ml santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil sos ikan bilis

Cara memasak nasi biru

  • Cuci beras dan rendam bersama bunga telang atau pewarna biru.
  • Tambahkan garam dan gula sedikit, masak seperti biasa.
  • Cara memasak sambal ikan
  • Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan.
  • Tumbuk halia dan bawang merah, masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik. Siap ketepikan.

Cara memasak sambal cili

  • Kisar cili bersama bawang hingga halus.
  • Kemudian masak ia bersama santan, asam keping dan serai.
  • Masak dengan cara reneh hingga naik minyak,tambahkan gula garam dan sos ikan.
  • Siap, ketepikan

6)Resepi Kerabu Tauge Pucuk Paku 

 Kerabu tauge pucuk paku ini amat mudah disediakan.Ia tidak menggunakan sebarang bahan mentah lain. Kerabu ini juga ringkas dan juga amat digemari, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Pucuk Paku seikat
  • Tauge 50 sen
  • Bawang Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
  • Cili Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
  • Cili Padi
  • Belacan Bakar
  • Udang kering 1 sudu besar
  • Jus dari 2 biji limau kasturi 
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Garam & Gula Secukup Rasa

Kaedah

  • Tumbuk bawang, belacan dan ikan bilis hingga lumat.
  • Hiris bawang dan cili merah dengan nipis.
  • Celur pucuk paku dan tauge dan selepas itu terus celup didalam air batu agar sayur lebih rangup.
  • Campur kesemuanya dan gaul sebati.
  • Tambah kerisik dan perasakan secukupnya.
  • Siap.

7) Resepi Kerabu Maggi Siam

image via Facebook

Sama tetapi tidak serupa,setiap resepi dikongsikan disini mempunyai cara yang berbeza dan resepi kerabu maggi siam yang telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman dan telah mendapat banyak perkongsian mempunyai keistimewaan tersendiri. Mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut.

Bahan – bahan:

  • Maggi thai
  • Seafood
  • Jejari ketam
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Cili padi
  • Sedikit gula (jika perlu)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Bawang besar (mayang)
  • Tomato (potong dadu)
  • Limau nipis (ambik jusnya jika mahu masam)

Cara penyediaannya:

  • Rebus dan toskan maggi thai.
  • Rebus dan toskan udang dan sotong. Simpan sedikit air rebusan untuk digaulakan bersama dengan maggi.
  • Potong daun ketumbar, daun bawang dan cili padi. Potong dadu tomato.
  • Gaul semua bahan di atas berserta dengan rempah maggi.
  • Siap!

8)Resepi Kerabu Pucuk Paku

kerabu paku
Imej via Facebook

Untuk menu makan malam kami tuliskan resepi kerabu pucuk paku versi Kelantan. Ianya telah dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar  dan a lebihkan santan untuk bagi berkuah sebab anak-anak lagi suka.Kerabu pucuk paku versi kelantan dicampur isi ikan dan cili padi,berikut adalah bahan-bahan yng diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Pucuk paku (dicelur sekejap bagi lembut dan toskan).
  • Kelapa parut disangai sampai kekuningan (kalau susah dapat kelapa parut, pakai kerisik pun boleh).
  • Isi ikan direbus.
  • Santan pekat (panaskan sekejap dalam kuali untuk bagi kerabu tahan lama).
  • Cili padi dipotong kecil.
  • Bawang merah.
  • Lada hitam.
  • Perahan limau nipis (tidak bubuh pun tidak apa, tapi kalau bubuh jadi lagi sedap).

Cara-cara :

  • Tumbuk bawang merah, lada hitam dan garam sampai hancur.
  • Kemudian masukkan isi ikan rebus ditumbuk sampai sebati.
  • Campurkan bahan tumbuk tadi dengan bahan lain dan gaulkan semua sekali dengan sayur pucuk paku yang telah dicelur .
  • Siap, sedia dihidangkan.

9) Resepi Kerabu Ikan Bilis

kerabu bilis
Imej via Facebook

 Resepi kali ini dikreditkan kepada Sampah Sarap yang dengan suka rela berkongsikan resepi kerabu ikan bilis di laman Facebook. Ianya amat ringkas dan mudah untuk disediakan kerana  ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis digoreng, asingkan.
  • Limau 3 biji ambil air saja,
  • *Tomato sebiji,
  • *Bawang sebiji setengah,
  • *Daun limau purut,
  • *Kacang panjang,
  • *Timun,
  • *Cili vietnam/burung 6-10 biji,
  • *Serai sebatang.

Cara-cara :

  • Semua yang ada tanda * diracik. Masukkan dalam mangkok.
  • Masukkan air limau, sos ikan 2 sudu. Jika tidak ada sos ikan diganti dengan sos tiram, gula 1 sudu, garam sehujung sudu, secukup rasa. Gaul semua.
  • Masukkan ikan bilis. Jangan awal sangat masukkan ikan bilis kerna kalau awal nanti jadi lemau.

10) Resepi Somtam Thai

Kali ini kami bawakan resepi somtam thai iaitu sejenis kerabu masakan orang Thai. Ianya sesuai dihidangkan bersama nasi putih. Resepi ini dikongsikan oleh Mashitah Salae dan mendapat banyak shares serta komen positif di media sosial.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Betik muda (disagat)
  • 1 biji bawang putih.
  • 2 biji cili
  • 1 ikat kacang pnjang
  • 1 biji tomato besar
  • 2 sudu mkn udang baring
  • 1 genggam kacang tanah goreng tanpa minyak.
  • 3 senduk kecik sos ikan/nampla
  • 3 senduk kecik air limau nipis
  • 3 sudu mkn nisan somtam/gula kabung
  • Lobak disagat sedikit untuk tambah warna

Cara – cara memasak:

  • Tumbukkan bawang putih biar hancur.
  • Masukkan cili dan tumbuk hancur.
  • Masukkan kacang panjang ditumbuk manja.
  • Masukkan tomato, kacang tanah, sos nampla/sos ikan, air limau nipis, nisan somtam/gula kabung, udang baring dan gaul sebati.
  • Biar gula betul – betul hancur.
  • Masukkan betik dan lobak. Tumbuk manja sambil gaul.
  • Perasakan, siap

Sekian 10 resepi kerabu yang dapat kami himpunkan sebagai rujukan buat anda. Terutama bagi mereka yang mengamalkan gaya permakanan sihat,jadikan kerabu sebagai pilihan anda. Ini kerana lazimnya kerabu tidak menggunakan minyak dan disediakan mentah jadi segala  khasiat,vitamin dan mineralnya masih terpelihara.

Dengan itu diharap anda akan cuba resepi-resepi diatas dan jangan lupa kongsikan ia agar dapat dimanafaatkan bersama. Selamat mencuba!

Give a Comment