Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Keli Berlada (Masakan Tradisional)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu makan utama. Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar, ikan sungai. Ia mempunyai kulit hitam,licin dan mempunyai sengat. Namun isinya amat sedap terutama apabila ikan keli ini digoreng garing. 

Ikan keli boleh dimasak menggunakan pelbagai cara. Boleh digoreng dan digaul bersama sambal berlada. Boleh disalai dan dimasak dengan gulai bersama asam belimbing. Juga sesuai dimasak menjadi gulai asam pedas. Kali ini Madam akan kongsikan resepi ikan keli berlada yang sangat popular di Negeri Sembilan. Berikut adalah bahan-bahan dan cara yang diperlukan untuk menghasilkan masakan ini.

Resepi Ikan Keli Berlada (Masakan Tradisional)
Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan keli, saiz sederhana

Bahan kisar

  • 6 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih

Kaedah 

  • Mula-mula ikan keli disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. 
  • Cuci, toskan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Perap 10 minit kemudian bilas. Gaulkan pulak dengan sedikit jus limau atau air asam jawa hingga rata dan perap sekejap. 
  • Cuci kembali, toskan dan masukkan serbuk kunyit dan garam. 
  • Gaul rata dan goreng hingga ikan masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
  • Masukkan garsm,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan ikan keli goreng. 
  • Gaul hingga rata dan tutup api.
  • Siap dan bolehlah hidangkan bersama nasi panas.

Masakan ini sangat sedap dimakan bersama kuah singgang atau lemak putih sayur. Anda juga boleh menganggarkan sendiri sukatan cili api mengikut citarasa anda. Oleh itu bagi anda yang mengemari ikan sungai bolehlah mencuba resepi mudah ini. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kerisi Berlada

Resepi Talapia Masak Berlada

Resepi Ikan Bilis Berlada


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *