Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Adakah anda antara penggemar masakan tempoyak?

Tempoyak diperbuat dengan proses penapaian durian. Durian yang telah masak, dibuang biji dan diambil daging buahnya sahaja. Kemudian isi durian tadi diperap dengan garam selama 3-7 hari. Semakin lama proses penapaian makin sedap tempoyak. Anda tidak perlu tambahkan asam kerana tempoyak sendiri sudah ada masam semula jadi.

Pelbagai jenis masakan yang boleh dibuat dengan tempoyak salah satunya ialah ikan patin masak tempoyak. Hidangan ini amat tersohor di negeri Pahang. Jika anda berkunjung ke Temerloh, tidak lengkap rasanya jika tidak makan ikan tempoyak di sana.

Orang perantauan nan jauh di sana, ayuh masak ikan patin tempoyak. Resepi didatangkan daripada Puan Hana Ismail di laman Facebook. Gerenti lepas rindu dengan rasa masakan negeri Pahang tersebut. Sila baca resepi di bawah ini, lengkap dengan petua supaya kuah jadi pekat. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

patin tempoyak
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan patin,
  • Kunyit hidup,
  • Cili padi,
  • Tempoyak,
  • Garam,
  • Asam keping (kalau tempoyak sudah cukup masam tidak perlu letak asam keping),
  • Air (1 ½ gelas),
  • Daun kunyit (potong halus).

Cara-cara :

  1. Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat.
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi, biar mendidih masukkan tempoyak.
  3. Tunggu sampai mendidih baru masukkan ikan.
  4. Kecilkan api, renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak.
  5. Masukkan daun kunyit.
  6. Kalau kuah sudah pekat, tutup api.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan patin tempoyak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Petua Kuah Pekat :

Air jangan banyak sangat, cukup-cukup tenggelam saja.
Tempoyak kena letak lebih baru kuah pekat.
Kuah kena reneh lama dengan api yang kecil.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!