Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Cencaru Sambal ( Resepi Masakan Kampung)

author name

📄

Resepi kali ini adalah merupakan menu yang sesuai sebagai lauk makan tengahari atau malam. Masakan sambal seperti ini merupakan masakan kegemaran bagi kebanyakkan keluarga dinegara kita ini. Ada pelbagai versi sambal sebenarnya,namun kali ini kita akan kongsikan resepi sambal ikan cencaru.

Ikan cencaru ini satu masa dahulu sangat popular dikalangan anak-anak sekolah berasrama. Ia popular dengan nama jolokannya “ikan jaket” kerana ia dimasak bersama kulit kerasnya yang menghasilkan rupa seperti jaket. Tetapi untuk resepi ini, Madam buangkan kulitnya dan memotongnya kepada 3 bahagian. Jadi sebelum kita bercerita lebih lanjut, mari lihat bahan-bahan dan resepi ya dahulu.

Resepi Ikan Cencaru Sambal ( Resepi Masakan Kampung)

Bahan-bahan

  • Ikan cencaru 3 ekor (basuh dan potong kepada 3 bahagian)
  • Perasakan ikan dengan garam dan kunyit.

Bahan-bahan kisar

  • Seperiuk kecil cili kering yang telah direbus hingga kembang.
  • Sebiji  bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan perasa

  • Asam jawa setengah genggam,dibancuh dengan air semangkuk kecil.
  • Garam 1 ½ sudu kecil
  • Serbuk perasa ½ sudu kecil

Kaedah

  • Goreng ikan tapi jangan terlalu garing. Ketepikan
  • Sediakan kuali. Panaskan minyak  dalam anggaran sesenduk.
  • Tumiskan semua bahan-bahan kisar.
  • Goreng dan biarkan cili naik minyak.
  • Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan semua serasi, tambahkan air sedikit agar ia tidak terlalu kering.o
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.Masukkan ikan goreng, biarkan seketika. Barulah tutup api, bolehlah dihidangkan.

Resepi ini sangat sedap jika dijadikan santapan diwaktu makan tengahari atau malam. Jika biasanya ikan cencaru dibakar atau disumbat dengan kelapa. Namun resepi ini sangat sedap. Isi ikan cencaru juga manis jika ia masih segar. Ikan ini sangat elok kerana mengandungi omega 3 , iaitu makanan yang diperlukan untuk otak kita.

Ikan juga elok untuk kaum wanita,kerana ia adalah sumber protin yang sihat dan juga elok untuk kulit kita. Oleh itu makanlah ikan lebih kerap dan tambahkan ia dalam jadual masakan anda.

Resepi Menarik Lain.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *