Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kari Kepala Ikan Penang (Tanpa Santan)

author name

📄

Hai semua, kali ini kami bawakan resepi Kari Kepala Ikan Penang khas buat anda semua. Selalunya, kalau nak masak kari ataupun mana mana hidangan yang menggunakan santan ini, pasti kita risau santan pecah kan?

Tak usah khuatir, kari kepala ikan penang ini tidak menggunakan santan, sekaligus tiada risiko santan pecah! Ianya juga lebih lazat dan pekat, dimakan pula bersama nasi putih, peh! Sedap tak ingat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman dan mendapat lebih 700 likes di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Kari Kepala Ikan Penang

kari-kepala-ikan-penang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kepala ikan merah
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 sudu besar halba campur
  • Semangkuk kecil air asam jawa
  • Terung bulat (dipotong 4)
  • Tomato (dibelah 4)
  • Cili padi
  • Bendi
  • Minyak utk menumis

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  3. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Kemudian masukkan terung, biar terung lembut seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Kepekatan kuah bergantung pada anda ye, kalau nak cair tambahkan sedikit lagi air.
  6. Apabila sudah mendidih masukkan ikan ye. Jangan kacau, biar je.
  7. Apabila ikan dah hampir masak, masukkan bendi dan tomato. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *