Resepi Cencaru Sumbat Sambal Versi Simple Sesiapa Pun Boleh Buat

Oleh:

 Resipi kali ini merupakan resipi masakan berasaskan ikan yang sangat mudah untuk disediakan. Cencaru sumbat sambal biasanya menggunakan ikan cencaru yang dibakar Namun dalam perkongsian kali ini ikan yang digunakan ialah cara jenis kecil dan ianya di goreng sahaja. Manakala bahan-bahan dan cara penyedianya lebih ringkas dan sangat mudah disediakan, kulit ikan cencaru saiz kecil lebih nipis dan sangat sedap bila digabung bersama sambal. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Ikan cencaru ( jenis kecil dan jangan buang kulit kerasnya)
  • Garam secukup rasa
  • Belah belakang dan goreng dengan sedikit minyak hingga masak, ketepikan.

Bahan sambal

  • Cili kering siap kisar 2 sudu
  • Bawang merah dan bawang putih dikisar.
  • Garam,gula dan serbuk perasa.

Kaedah

  • Tumis bawang yang dikisar dan masukkan cili bila telah naik bau.
  • Tambah air jika perlu dan akhir sekali masukkan garam , serbu perasa dan gula.
  • Masak hingga naik minyak.
  • Sumbat belakang ikan yang telah digoreng.
  • Siap untuk dihidang.

Hidangan ini sangat sesuai dihidangkan sebagai hidangan utama. Paling sedap dimakan dengan nasi panas dan kuah rebus atau singgang tapi pilihlah ikan yang segar untuk menikmati keenakan masakan ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini