,

Resepi Sardin Masak Lemak Cili Api Guna 3 Bahan Je

Oleh:

Resepi berikut ini adalah cara paling cepat dan mudah dalam penyediaan masakan utama. Oleh kerana telah menjadi gaya hidup  masyarakat zaman kini yang semuanya perlu dilakukan dengan segera dan cepat. Termasuklah memasak dimana ada segelintir orang yang suka menggunakan pes segera yang tidak kurang sedap juga.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda masak lemak sardin yang sangat biasa dikalangan masyarakat negeri sembilan. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 biji kentang (kopek dan potong 4)
  • 1 pes serbuk lemak cili api
  • 1 tin kecil sardin 
  • 1 kotak santan

Kaedah

  • Rebus kentang hingga menjadi empuk
  • Kemudian masukkan pes serbuk lemak cili api.
  • Tambahkan sardin dan akhir sekali masukkan santan 1 kotak.
  • Siap!
  • * pes ini telah cukup semua rasa dan aroma jadi ia tidak perlu bahan-bahan lain
Resepi Sardin Masak Lemak Cili Api Guna 3 Bahan Je 1

Pes segera jenama yang saya gunakan ini boleh didapati di shopee namun anda boleh juga menggunakan sebarang pes yang banyak terdapat dipasaran. Begitu juga santan jika anda sibuk seharian pastikan ada stok santan kotak dirumah ye.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini