Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Sardin Tin Sekali Sekala Tukar Selera Pun Sedap

Resepi kali ini merupakan resepi mudah dan sangat sesuai bagi peminat sardin. Asam pedas sardin ini menggunakan sardin didalam tin dan ia mempunyai rasa yanh sedikit berbeza berbanding menggunakan ikan sardin segar.

Selain dari itu bahan-bahan digunakan tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding asam pedas ikan biasa. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 tin sardin
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci belacan*
  • 3 senduk cili mesin*
  • 1 tsp serbuk kunyit*
  • 1 genggam daun kesum (pilihan)
  • 1 batang bunga kantan
  • Minyak untuk menumis
  • 2 pcs asam keping
  • Garam, gula, perasa ikut citarasa masing2.
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Kisar semua bahan bertanda * dan tumis sampai naik bau.
  • Masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing sekata dan pecah minyak. 
  • Kacau rata.
  • Sentiasa kacau dan bila rempah mulai garing masukkan 1/2 cawan air dan asam keping.
  • Masukkan sardin bersama sosnya dan tambah sedikit air. 
  • Kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Kuah dah mendidih, boleh bendi,tomato dan bunga kantan.
  • Biarkan merenih lagi 10minit dengan api perlahan, supaya rasa dan bau asam pedas betul2 sebati.
  • Siap! Sedia untuk dihidang.

Masakan ini amat mudah untuk disediakan dan ia juga tidak menggunakan bahan yang terlalu banyak. Namun begitu rasa asam pedasnya sangat terasa mungkin kerana penggunaan bahan-bahan seperti mana asam pedas biasa. Jadi ia amat sesuai bagi anda yang sibuk bekerja dan memerlukan resepi yang ringkas tetapi sedap. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!