cencaru-sumbat-kelapa
| |

Resepi Cencaru Sumbat Kelapa (Sekali Makan Pasti Nak Lagi!)

Resepi Cencari Sumbat Kelapa ini merupakan resepi yang amat mudah suntuk disediakan. Oleh kerana mudahnya menyediakan resepi ini, para amatur juga boleh belajar dan hidangkan kepada yang tersayang.

Buat mereka yang ingin menyediakan juadah cencaru sumbat kelapa ini, jangan bimbang, resepinya amat mudah untuk diikuti serta bahan – bahannya juga mudah untuk didapati.

Resepi Cencaru Sumbat Kelapa ini telah pun dikongsikan oleh Qaseh FarisFauzi dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok!

Resepi Cencaru Sumbat Kelapa

cencaru-sumbat-kelapa
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 2/3 ekor ikan cencaru belah belakang
  • Setengah biji kelapa parut
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang Putih *
  • 5/6 biji cili padi
  • 2 biji cili Merah *
  • 1 sd makan ketumbar *
  • 1 sd makan jintan halus *
  • 2 batang serai hiris*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • Garam secukup rasa
  • 2 sd kecil air asam jawa

Tumbuk atau blend bahan bertanda *

Cara – cara penyediaanya:

  1. Apabila sudah selesai tumbuk kesemua kelapa dengan bahan-bahan di atas. Masukkan sedikit garam bersama dengan air asam jawa. Gaul sehingga sebati. Jangan terlalu basah jika boleh bagi kering.
  2. Apabila sudah siap kelapa, sumbatkan ke dalam ikan. Sumbat juga ke dalam kepala ikan.
  3. Apabila sudah sumbat, lilit dengan benang atau jika ada cara lain boleh gunakan.
  4. Kemudian panaskan kuali dan goreng ikan sumbat tadi.
  5. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *