Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Sambal Tumis Sotong Petai (Mudah dan Sedap)

author name

Resepi yang kami bawakan kali ini sangat mudah tetapi pastinya akan memukau sesiapa sahaja yang merasainya. Sambal tumis sotong petai mudah untuk disediakan dan pastinya sedap.

Juadah ini boleh dihidangkan untuk makan tengahari ataupun makan malam. Sesuai untuk dimakan dengan nasi putih panas panas. Pasti satu pinggan sahaja tidak cukup. Tambah lagi!

Resepi yang mudah dan sedap ini telah dikongsikan oleh Jas Miza di laman Facebooknya. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Sambal Tumis Sotong Petai

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Cili kering*
  • Belacan*
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Petai
  • Sotong
  • Ajinamoto
  • Garam
  • Air asam jawa

P/s: Blend bahan yang bertanda *.

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan cili yang telah diblend sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula, ajinamoto, garam dan air asam jawa.
  3. Kemudian, masukkan sotong dan petai.
  4. Kacau dan tunggu sekitar 3-4 minit dan masukkan bawang besar.
  5. Tutup api dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *