Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Paru (Sedap Mudah)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang dicari terutama semasa hari raya haji. Oleh kerana ketika itu sememangnya organ lembu antara yang paling banyak disedekahkan kerana meraikan hari raya korban.

Paru selain dimasak berlada ia juga boleh dimasuk didalam rendang daging sebagai tambahan kepada rendang daging, tetapi paling sedap dimasak secara sambal dimana ianya hanya menggunakan cili kisar,bawang merah ,bawang putih dan jintan manis yang dikisar.Kali ini Madam akan kongsikan resepinya bagi anda yang ingin mencuba.

Resepi Sambal Paru (Sedap Mudah)
Bahan utama 

  • Paru 500g ( beli jenis siap potong)

Bahan kisar

  • Cili kering segenggam penuh
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah kecik 5 biji
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Biji ketumbar 1 sudu kecil

Bahan lain 

  • Serai 1 batang (dititik)
  • Serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Garam & gula secukup rasa

Kaedah

  • Rebus paru sehingga lembut 
  • Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. 
  • Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. 
  • Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. 
  • Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih,nasi goreng atau nasi lemak.

Jintan manis yang ditambah memberi satu rasa yang unik. Ada sesetengah resepi menggunakan sos cili sebagai bahan tambahan. Tetapi kurangkan penggunaan gula jika demikian kerana dikhuatiri ianya terlalu manis. Anda juga boleh menambah cili api jika ingin ianya lebih pedas. Paru berlada ini selain dimakan dengan nasi ia juga boleh dijadikan hidangan minum petang. Jadi diharap anda sudi mencuba resepi ini ya, oleh kerana paru mudah didapati sekarang,malah ia telah siap dipotong dan disejuk beku jadi anda pasti boleh lakukan ia. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Sambal Goreng Paru

Resepi Sambal Ayam

Resepi Hati Ayam Masak Hitam


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *