Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sotong Kam Heong (Ala Restoran)

author name

📄

Resepi hari ini merupakan sebuah resepi yang popular di restoran makanan Cina. Sotong masak kam heong dibuat daripada ketam bawang-serai dan cili padi. Bahan yang unik di dalam resepi ini ialah serbuk kari ikan dan juga serai. Gabungan bahan-bahan ini memberi satu rasa yang unik tetapi sedap. Bagi anda yang tidak pernah mencuba resepi ini boleh jadi anda boleh mencubanya sebagai hidangan anda sekeluarga. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai runcit atau pasar raya.

Resepi Sotong Kam Heong
Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong sederhana kecil.
  • 2 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 1/2 bawang besar(hiris)
  • 2 batang serai(hiris)
  • 3-4 biji cili padi(hiris)
  • 2 sudu serbuk kari ikan
  • Sedikit air
  • 1-2 sudu kicap
  • Sedikit minyak
  • Garam & gula secukup rasa

Kaedah

  • Goreng sotong tadi dengan sedikit minyak masak selama 1 minit. Angkat dan asingkan di dalam mangkuk.
  • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan serai dan cili padi. Goreng seketika.
  • Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sotong dan gaul sebati.
  • Tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sotong masak.

Masakan ini tidak mempunyai banyak beza lain berbanding masak kicap atau seumpamanya cuma penggunaan serbuk kari bersama kicap telah memberi satu rasa yang unik tetap sedap. Masakan ini amat mudah di sediakan sesuai bagi anda yang sering kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan berkhasiat untuk keluarga anda. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ketam Kam Heong

Resepi Rendang Sotong

Resepi Sotong Cili Padi Petai

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *