Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Japanese Tofu with Shiitake Mushroom

author name

Kak M nak share satu lagi resepi yang simple yakmat tapi sedap tau. Sesuai sangat untuk nak masak waktu sahur tau. Cepat dan menyelerakan! Adik-adik yang bujang sure pejam mata pun boleh buat nih.
.
Menu ni biasanya ada kat restaurant Chinese muslim biasanya. Kadang-kadang dia orang serve dalam sizzling pan camtu.
.
Okeh meh kita tengok resepi yang simple.
.
Japanese Tofu with Shiitake Mushroom
.
2 batang tofu jepun
5 ulas bawang putih
Shitake Mushroom
Daun Bawang
Separuh Kiub Ayam
Sos Tiram
Lada Sulah (lupa nak amik gambar)
.
Cara-cara:
1. Potong tofu hati-hati, sebab tofu jepun ni lembut sangat nanti hancur plak. Goreng dalam non-stick pan hingga kuning keemasan.
2. Angkat tofu. Lepas tu masukkan bawang putih yang dah cincang halus. Goreng sampai warna keemasan camtu. Jangan sampai hangus plak eh.
3. Masukkan sos tiram, kiub ayam, lada sulah dan sikit air. Dah sebati masukkan shitake mushroom.
4. Bila shitake mushroom tu dah masak, masukkan daun bawang yang dah potong halus. Kacau sekejap aje terus tutup api.
5. Sebenarnya resepi nak tambah tepung jagung untuk bagi pekat sket pun boleh, tapi kak M tak letak pun sebab tak suka yang pekat2.
P/S : Tak perlu letak garam sebab sos tiram, kiub ayam & lada surah semua dah ada unsur garam.
.
Hahh dah siap! Makan dengan nasi panas masa sahur, tak selera pun terus ter-tambah nasi lagi tauuu..hehe ?
.
#kakMmasak
#kakMshare

Kredit resepi kepada Marina Ismail‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *