Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Teh Pudina Rasa Berangin Buat Healing

author name

Resepi kali ini merupakan resepi minuman teh yang berperisa pudina, dikatakan popular dihidangkan didalam restoran makanan Arab seperti selepas menikmati nasi mandy atau nasi arab. Dalam perkongsian kali ini bahan digunakan amat ringkas dan penyediaannya juga cepat dan mudah. Teh pudina mempunyai rasa berangin yang kuat jadi paling sedap minuman ini dihirup selepas makan atau ketika sejuk akibat musim hujan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1-2 uncang teh
  • Sengenggam daun pudina
  • Air panas mendidih
  • Gula (jika suka)

Kaedah

  • Mula-mula rebus air hingga mendidih 
  • Atau jika guna air siap didih boleh tambah uncang teh.
  • Biarkan ia kembang sebentar
  • Daun pudina diramas-ramas hingga hancur (letak dalam plastik agar lebih mudah)
  • Masukkan daun pudina kedalam teh biarkan sebentar.
  • Kemudian tapis sebelum dihidangkan.
  • Siap!  

Ada juga sesetengah resepi menambahkan bahan rempah seperti bunga cengkih atau ketumbar dalam minuman ini bagi menaikkan rasa rempah dan juga khasiatnya. Anda boleh juga cuba, namun resepi yang dikongsikan ini boleh menambat hati kerana rasa berangin pudina itu. Apapun selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.