Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kopi Cham (Ala Kopitiam)

author name

📄

Resepi berikut merupakan sebuah resepi minuman yang cukup popular di kopitiam. Ini kerana kopi cham merupakan kegemaran orang Cina. Kopi cham adalah merupakan sejenis minuman yang mempunyai campuran kopi dan teh, ia kemudian dimasak bersama kemudian dicampur dengan susu manis dan juga susu cair untuk menaikan rasa lemak-lemak manisnya.

Untuk anda yang meminati minum pelbagai jenis minuman, anda harus mencuba minuman ini dan nikmati sendiri perbezaan dan keenakannya. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Kopi Cham
Bahan-bahan

  • 2 sudu besar kopi 
  • 2 sudu besar serbuk teh
  • 3 cawan air panas
  • 4 sudu besar susu pekat manis

Kaedah

  • Campur kesemua bahan2 di atas ke dalam periuk. 
  • Masak atas api hingga mendidih. Tapiskan air ke dalam teko dan campurkan susu pekat manis. 
  • Sesuaikan rasa dan hidang panas atau sejuk.

Seperti biasa, bagi sukatan susu manisnya anda boleh mengurang atau melebihnya mengikut citarasa anda. Tujuan susu manisnya ialah untuk rasa manis, manakala susu cair untuk rasa lemaknya, oleh itu selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *