Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Rebus Merbeles Sedap Tangkap Lentok

Resepi kali ini merupakan salah satu hidangan minum petang yang digemari. Mee rebus adalah sejenis hidangan diperbuat dari mi telur kuning yang dimakan dengan kuah yang agak pedas manis. Kuah diperbuat daripada keledek, serbuk kari, air, taucu, udang kering, dan kacang tanah. 

Hidangan ini lazimnya dinikmati dengan telur rebus, limau kasturi atau limau nipis, daun bawang, daun sup, cili hijau, tauhu goreng, bawang goreng dan taugeh.Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2 
  • Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Rebus

  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu
  • 5 – 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah Kuah

  • Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  • Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  • Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  • Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  • Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

Penyediaan Mee Rebus

  • Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  • Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  • Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera.

Selain dimasak sendiri, mee rebus juga banyak dijual dijalanan. Malah kini ia telah mula boleh di restoran dengan rasa dan harga yang lebih premium.  Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!