Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Siput ( Sedap Dan Senang)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai hidangan sarapan pagi. Mee siput mempunyai rasa dan rupa seperti mee kuning yang biasa didapati dipasar. Tetapi ia adalah versi kering, oleh itu ia amat sesuai dijadikan simpanan dirumah kerana tahan lebih lama.

Mee siput kali ini digoreng sama seperti mee kuning biasa, rasanya juga lebih sedap. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Mee Siput

Bahan utama

  • 4 keping mee siput celur hingga lembut, toskan

Bahan kisar

  • Sedikit cili kisar
  • ½ ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang kering (pilihan)

Bahan rencah

  • Udang
  • Sotong
  • Sawi
  • Kobis(pilihan)
  • Tauge (pilihan)

Bahan sos

  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit sos tiram (jika suka)
  • Sedikit kicap
  • Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Kaedah

  • Mula-mula tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  • Kemudian tambahkan bahan rencah kecuali sayur.
  • Gaul sebati semua bahan dan masukkan mee siput yang telah dicelur hingga lembut tadi.
  • Selepas itu masukkan bahan sos, disini anda perlu menganggarkan sukatan mengikut citarasa.
  • Goreng dengan kacau dengan cepat.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran.
  • Kacau lagi sehingga semua sebati.
  • Masukkan telur jika anda suka.
  • Tutup api bila anda telah puashati.
  • Siap.

Seperti biasa anda boleh menganggarkan sendiri sukatan cili agar sesuai dengan daya tahan pedas anda. Jika anda suka daging atau ayam anda juga boleh menggunakan ia. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *