Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Goreng Basah Berkuah (Mengasyikkan!)

Mee goreng merupakan salah satu makanan kegemaran kebanyakkan orang. Mee adalah antara makanan yang dibawa ke negara ini melalui pendagang dari China. Ketika itu mee yang diperbuat daripada tepung gandum, diadun kemudian dibentukkan memanjang menggunakan tangan sehingga ia menjadi seperti yang kita lihat kini.

Namun kini, mee telah dikomersialkan dan boleh didapati diseluruh dunia. Maka dari situ juga timbullah pelbagai variasi resepi mes yang boleh kita temui sekarang. Salah satunya yang paling digemari ialah mee goreng basah versi berkuah. Masakan ini seperti mee goreng biasa, kecuali ia mempunyai kandungan air yang banyak sebagai kuahnya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin dan mendapat banyak komen positif dan likes di media sosial.

Resepi Mee Goreng Berkuah

mee-goreng-berkuah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 pek mee kuning 500grm
  • Ayam/daging/udang/sotong (mengikut citarasa )
  • Fish cake/ fish ball secukupnya

Bahan kisar:

  • Cili kering 15 tangkai 
  • 3 ulas bwg putih 
  • 5 ulas bwg merah 

Bahan sos:

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos cili
  • Maggi secukup rasa ( sedikit sahaja)
  • air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  • Sawi secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan kisar  sampai garing
  3. Masukkan bahan rencah seperti ayam/ daging/sotong/udang
  4. Masukkan sedikit air,biarkan air mendidih
  5. Masukkan segala kicap dan sos
  6. Masukkan mee, kacau agar semua bahan sebati
  7. Masukkan sayur 
  8. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung..
  9. Hidangkan ketika ia masih panas

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!