Resepi Nu Mee Goreng Basah Tapi Tak Kembang Confirm Puas Hati

Resepi kali ini merupakan resepi mee goreng basah dan sangat sedap dan boleh disediakan sendiri di rumah anda. Mee goreng basah adalah masakan mee goreng yang ditambah air tapi tidaklah terlalu banyak hingga berkuah. Anggarannya haruslah sesuai dengan jumlah mee yang digunakan. Selain dari itu rencahnya juga main peranan biasanya mee goreng yang sedap ditambah dengan udang, sotong malah daging juga kerap digunakan.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah cara ,enyediakan mee goreng basah.

Bahan utama

  • Nu Mee sepeket
  • Air secukupnya

Bahan tumis

  • Bawang putih
  • Bawang besar/ merah
  • Cili api (pilihan)
  • *Hiris semua bahan diatas
  • Cili kisar

Bahan -bahan perasa

  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos ikan
  • Kicap

Bahan rencah

  • Udang 
  • Sotong
  • Daging
  • Sayur sawi
  • Telur
  • *bahan rencah ini boleh disediakan mengikut citarasa anda atau apa saja stok yang ada dirumah

Kaedah

  • Tumis bahan tumis dahulu hingga naik bau, selepas itu masukkan bahan rencah kecuali sayur dan telur.
  • Biar semua bahan mesra dulu dan kemudian masukkan bahan-bahan perasa.
  • Awas pada penggunaan sos ikan kerana ia masin dan mee juga masin, jadi anggar dengan baik.
  • Gaul semua agar sebati dan barulah masukkan mee.
  • Apabila mee telah digaul dengan sebati masukkan air ikut anggaran basah yang diingini.
  • Bila telah puas hati dengan tahap basah yang anda suka, tambah telur dan goreng dengan api yang besar.
  • Tutup api bila telur telah masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Untuk mendapatkan mee goreng yang sedap pastikan anda memilih mee yang bagus seperti pilihan saya ialah Nu Mee daripada jenama Gardenia kerana ia tidak ada rasa kapur dan juga ia tidak cepat kembang seperti mee kuning yang lain. Apapun selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts