Expand To Show Full Article
Resepi Kek Pisang Dua Benua Viral Sangat Senang Rugi Tak Cuba | Resepi.My
,

Resepi Kek Pisang Dua Benua Viral Sangat Senang Rugi Tak Cuba

Oleh:

 Resipi kali ini merupakan resipi yang telah menjadi tular sejak kebelakangan ini. Ini adalah resipi yang menggabungkan dua perisa dalam satu. Iaitu kek pisang dua benua, di mana ia menggabungkan perisa asli bersama perisa coklat dan ianya dimasak bersebelahan antara satu sama lain. Seperti kebiasaan kek pisang ianya mudah disediakan. Malahan bahan yang digunakan amat mudah untuk ditemui di kawasan yang berdekatan anda,baiklah berikut adalah bahan-bahannya

Bhn A( Kisar)

  • 5 biji telor B
  • 180g minyak jagung
  • 150g gula perang
  • 1/2 sudu kecil esen pisang
  • 300g pisang berangan

Bhn B (Ayak)

  • 150g tepung naik sendiri atau tepung gandum + 1/2 tsp baking powder + ¼ tsp garam halus
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bhn C 

  • 1 tbsp serbuk koko
  • 1 tsp coklat emulco

Hiasan

  • Hirisan pisang
  • Coklat cip

Kaedah

  • Kisarkan semua bahan A kemudian gaul dengan bahan B.
  • Bahagi 2 kemudian perisakan dengan coklat emulco dan serbuk koko satu bahagian.
  • Tuang serentak dalam loyang agar kedua perisa duduk bersebelahan.
  • Bakar 55-60 min pada suhu 160c
  • Siap!

Teknik penyediaan kek ini ialah bakar, namun begitu anda juga boleh mengukus ini dan disejukkan sebelum dihidangkan. Ia mempunyai texter yang tidak banyak berbeza namun begitu mengukus lebih mudah bagi anda yang tidak mempunyai oven. Apa pun diharap anda mencuba sendiri resipi ini dan selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]