Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ubi Getuk Mengamit Kenangan Dulu-dulu

author name

📄

Resepi berikut ini merupakan resepi yang biasanya dijadikan hidangan di dalam sesi minum petang. Ubi ketuk adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang direbus sehingga empuk kemudian digaul bersama kelapa dan sedikit gula sebelum ianya disadurkan dengan bancuhan tepung kemudian digoreng dan menghasilkan rasa rangup yang sangat sedap. Ia merupakan sejenis kuih zaman dahulu kala dimana ubi kayu merupakan salah satu makanan ruji orang tempatan terutama ketika zaman penjajahan Jepun.

Baiklah bagi anda yang mencuba resepi ini berikut adalah bahan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 cawan ubi kayu rebus
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula

Kaedah

  • Campur semua bahan dan gaul sebati dan rata.
  • Kepalkan bulat bulat kecil.

Bancuhan tepung goreng :

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam 
  • Air

Kaedah

  • Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati
  • Penyediaan ubi getuk
  • Bancuhkan semua bahan dan kacau sebati. 
  • Celup bebola ubi getuk tadi dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing kekuningan.
  • Toskan minyak dan hidang.
  • Siap!

Selain digoreng terus, ubi getuk juga sesuai jika disejuk beku, memudahkan anda bila ingin menghidang untuk minum petang. Ubi ketuk sangat sedap terutama jika menggunakan ubi jenis empuk ini kerana ubi mempunyai 2 jenis satu yang mudah empuk dan satu lagi yang sebaliknya dimana lebih sesuai untuk dijadikan bengkang ubi. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *