Resepi Kek Lobak Merah( Carrot Cake Yang Pasti Jadi)

Kek lobak merah adalah sejenis kek sayuran. Lazimnya lobak merah diguna dalam masakan sebagai sayur. Resepi kek kali ini adalah antara kek yang menggunakan sayur sebagai bahan utamanya. Namun begitu, kek ini telah berjaya menguasai peminat kek hingga menjadi peminat fanatiknya.

Resepi kek ini digemari kerana ia bukan sahaja mudah dilakukan, menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur.Malah tidak perlukan mesin pengadun , kek ini hanya memerlukan senduk kayu sahaja.

Kali ini, Madam bawakan resipi kek lobak merah yang pernah Madam cuba kerana Madam suka pada lobak merah.Jadi Madam kongsikan bahan-bahannya.

Resepi Kek Lobak Merah (Cake Carrot)

Bahan-bahan kering

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • ½ soda bikabornat
  • ½ garam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan-bahan basah

  • ¾ cawan minyak masak/minyak jagung
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula perang
  • ½ cawan gula castor
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan inti

  • 2 cawan lobak yang telah disagat halus
  • ¾ cawan kacang walnut.

Kaedah

  • Panaskan oven dan griskan 2 loyang saiz 8” serta lapikkan kertas minyak.
  • Kemudian ayakkan bahan-bahan kering terlebih dahulu ,ketepikan.
  • Campurkan bahan-bahan basah dan ketepikan juga.
  • Campurkan bahan- bahan kering dengan bahan inti.Lobak merah dan kacang digaul dengan tepung dahulu supaya ia tidak tenggelam dan tidak bergumpal.
  • Setelah itu campurkan ia dengan bahan-bahan basah yang telah dibancuh sebati tadi.
  • Kaup balik semua bahan agar bergaul mesra.
  • Masukkan kedalam 2 loyang saiz 8”. Anda boleh juga guna satu loyang saiz 9” tapi perlu tambah masa membakar.
  • Akhir sekali bakar pada suhu 160c selama 25-30 minit atau sehingga masak.

Kek ini boleh dihiasi dengan ‘topping’ cream cheese. Ia mempunyai rasa yang sangat sedap. Kini ia banyak diguna dalam pelbagai keraian seperti harijadi. Selalunya ia digemari oleh orang lebih dewasa. Mungkin kerana ia kurang manis dan mempuyai kacang walnut serta isi lobak merah yang sedap dan berjus.

Jadi anda bolehlah mencubanya sebagai menyambut harijadi orang yang tersayang. Kek ini juga tidak perlu dekorasi yang rumit,hanya yang mudah memadai.

Jangan lupa mencuba resepi-resepi yang lain juga,kami mempunyai koleksi pelbagai resepi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *