Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Kek Lapis Kastard Pandan

Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake

By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kek Sponge

125gm gula kaster
125gm tepung kek
15gm ovalette
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
40ml air daun pandan + pewarna hijau
75ml minyak masak

Bahan A (Kastad Pandan)
500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
180gm gula kastor
1 sudu besar serbuk agar-agar segera (instant jelly)

Bahan B
400ml santan pekat KARA
85gm tepung Hoen Kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau epal
1/8 sudu teh garam halus
Loyang 9″ Loose Base Tin
Hiasan : Whip cream (jika suka) dan kelapa kering

Cara Membuatnya :

Satukan semua bahan kek kecuali minyak masak, pukul dengan speed perlahan hingga bergaul rata kemudian pukul dengan speed tinggi selama 6 minit hingga pekat dan bertanduk. Tukar ke speed sederhana dan masukkan minyak masak, putar hingga sebati.

Alaskan loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak.

Sejukkan kek dahulu dan potong kepada 3 atau empat lapisan.
Kastard Pandan : Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.

Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan A, kacau di atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.

Sediakan Loyang bulat 9″ loose base tin (boleh ditanggalkan bawahnya) yang di basahkan terlebih dahulu.

Tuang 2 senduk adunan kastard dan ratakan. Kemudian masukkan satu lapisan kek span dan tuangkan 1/3 kastard pandan di atasnya hingga menutupi lubang di sekeliling loyang. Hentakkan loyang sedikit supaya kastard dapat sampai ke dasar loyang.

Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi krim kastard. Buat hingga habis lapisan kek.
Hentakkan 2-3 kali loyang di atas meja supaya kastard padat ke bahagian bawahnya.
Biarkan kek sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.

Keluarkan kek dari acuan dan hias dengan whip cream (dipukul dahulu) dan taburan kelapa kering.

Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!