Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resipi Red Velvet Cheese Leleh (Mudah Sangat)

author name

📄

Resepi kali ini, ialah resepi cheese leleh yang sangat mendapat tempat dikalangan peminat-peminat kek. Sebenarnya tidak dapat dikenal pasti siapa yang mula-mula mencipta resepi ini. Namun apapun kombinasi kek span dengan adunan cheese yang sengaja dibuat cair agar ia menjadi seperi sos yang sesuai dimakan dengan kek-kek ini.

Kali ini Madam akan bawakan resepi red velvet, jika biasanya ia dibakar tetapi kali ini ia dikukus agar ia boleh diguna terus dari bekas plastik tersebut. Tiada banyak beza resipi red velvet ini berbanding red velvet yang dibakar. Jadi mari lihat bahan-bahan diperlukan didalam resepi ini.

Resipi Red Velvet Cheese Leleh

Kek Red Velvet Kukus

Bahan-bahan

A

  • 200ml susu segar
  • 1sb cuka masakan
  • (Campurkan kedua sebagai ganti buttermilk)

B

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1sk baking powder
  • 1sb serbuk koko
  • (Ayakkan semua bahan)

C

  • 200g butter suhu bilik
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 1 sudu teh emulco red velvet
  • 3 biji telur gred A

D

  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 sudu besar cuka masakan 

Kaedah

  • Panaskan pengukus, sediakan bekas yang sesuai seperti didalam gambar atau anda boleh menggunakan loyang bulat bersaiz 8”, pastikan gris dan lapik dengan kertas minyak jika anda guna loyang ya.
  • Seterusnya, pukul bahagian C iaitu butter dan gula hingga putih, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Kemudian tambahkan esen vanila dan emulco red velvet.
  • Menggunakan spatula, kaup balik bahan A dan bahan B.
  • Apabila telah siap, sediakan bahan dan terus curah apabila ia telah berbuih.
  • Masukkan kedalam bekas yang sesuai dan kukus selama 20-25 minit (jika guna bekas kecil) atau kukus selama 40 jika guna loyang saiz 9” tadi.
  • Pastikan loyang ini ditutup supaya air tidak menitik.
  • Dan terbalik kek bersama acuannya sejurus ia masak ya.

Resepi Cheese Leleh

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese suhu bilik
  • ½ cawan susu pekat ( boleh dianggarkan untuk disesuaikan rasa manisnya)
  • ½ tin susu cair
  • ½ cawan krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese bersama susu manis dahulu hingga ia gebu.
  • Kemudian tambahkan susu cair dan pastikan ia sebati, tambahkan whip cream dan pukul hingga ia gebu. Ketepikan.

Bahan hiasan

  • Serdak kek red velvet (ambil sedikit kek red velvet dibahagian atas dan panaskan sebentar dalam oven agar ia kering.)

Cara-cara membuat kek red velvet cheese leleh.

  • Selepas kek red velvet siap dikukus dan disejukkan, tuang cheese leleh diatas nya dan hiasi dengan serdak kek red velvet yang telah siap dikeringkan. Jamulah ia selepas disejukkan selama beberapa jam didalam peti ais.


Rasa kek ini sememangnya sangat sedap, rasa red velvet yang sangat gebu, bila dicurah dengan cheese leleh ia menjadi sangat sedap. Jika dinikmati ketika sejuk, lebih-lebih lagilah sedapnya. Jika anda menggunakan loyang saiz 8” mungkin anda boleh melaraskan kandungan susu cair dan whip cream agar ia tidak terlalu cair. 

Hiasan ia sekadar serdak kek red velvet kerana ia dibuat khas untuk dinikmati oleh peminat-peminat kek. Oleh itu kelebihan banyak diberi pada rasanya berbanding rupanya. Tapi ia sangat mudah dibuat dan sesuai sebagai bahan untuk dicuba bagi anda yang masih baru didalam dunia baking. Selamat mencuba.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *