Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Red Velvet ( Mudah Dan Pasti Jadi)

author name

Red velvet sebelum ini dikenali melalui kek red velvet sahaja. Kek red velvet mempunyai warna yang merah,ada gabungan koko. Warna merah yang unik ini yang menjadi sebab namanya, red velvet. Jika dalam bahasa melayu, baldu merah.

Namun begitu, kek dan biskut red velvet mempunyai rasa yang sangat berbeza. Biskut red vevet yang dijual di Famos Amos contohnya sangat memikat. Kerangupannya dengan tambahan kacang macadamia,sememangnya mengasyikkan.

Walaupun biskut red velvet tersebut agak manis.Namun kemewahan kacang macadamia itu sememangnya sedap. Oleh itu Madam cuba mencari resepi yang hampir sama seperti biskut red velvet tersebut. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Biskut Red Velvet

Bahan-bahan

A

  • 125g butter
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • ½ cawan gula castor

B

  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu teh esen vanila
  • ½ pewarna merah
  • ½ pewarna pink

C

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk koko

D

  • 40g almond nib
  • 40 g coklat cip

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan  bahan B dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan C
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Tambahkan bahan-bahan D.
  • Dengan menggunakan sudu,letakkan sesudu adunan untuk sekeping biskut.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c.

Apabila biskut telah siap dibakar,sejukkan ia diatas redai. Kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara. Biskut red velvet ini bagaimanapun,mungkin tidak menyerupai cookis di Famos Amos kerana mungkin ia perlu menggunakan kacang macadamia.

Apa kata anda mencuba sendiri resepi ini, kerana walaupun tidak sama seperti di kedai,namun rasanya tetap sedap dan mempunyai rasa tersendiri. Jadi jangan lupa mencuba ye, kami juga mempunyai koleksi pelbagai resepi untuk dicuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *