Resepi Tradisional, Moden & Terkini

STRAWBERRY CHEESECAKE CUPCAKES

author name

📄

STRAWBERRY CHEESECAKE CUPCAKES
.
Bahan-bahan :
.
A) Bahagian dasar/crust:
18 keping biskut digestive – dihancurkan pieces digestive biscuits
8 sudu besar mentega – dicairkan
2 sudu besar gula
.
B) Kek:
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
12 sudu besar mentega tanpa garam (suhu bilik)
1 cawan+ 2 sudu besar gula
1 sudu besar esen vanila
1/2 cawan sour cream/yogurt asli
4 biji telur ( diambil putihnya sahaja)
2 cawan buah stawberi cups fresh strawberries- dipotong- potong
.
C) Cream Cheese Frosting:
2 (8 ounce) peket cream cheese
16 sudu besar mentega tanpa garam
2 cawan gula icing cups
1 sudu kecil esen vanilla
.
Cara membuatnya:
– Panaskan ketuhar pada suhu 170 Celsius. Susunkan acuan cupcake di atas loyang terlebih dahulu.
– Campurkan biskut digestive yang telah dihancurkan dengan mentega cair dan gula. Gaul sebati. Kemudian masukkan lebih kurang 1 sudu besar bahan- bahan ini ke dalam bekas acuan cupcake yang telah disediakan. Tekan sedikit supaya ianya padat dan bakar sebentar selama 3-5 minit.
– Kemudian, pukul putih telur sehingga kembang (soft peak). Ketepikan.
– Dalam bekas yang berasingan ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan. Pukul mentega dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Masukkan separuh sahaja dan gaul sehingga sebati diikuti dengan sour cream/yogurt. Kacau dan masukkan lebihan tepung dan kacau sebati.
– Kemudian, masukkan 1/3 adunan telur dan gaul dengan perlahan-lahan menggunakan kaedah ‘fold’. Lakukan kaedah ini sehingga adunan tadi dan telur sebati. Kemudian masukkan lebihan telur tadi dengan menggunakan kaedah yang sama gaul sebati. Akhir sekali masukkan buah strawberi.
– Tuang bancuhan dalam setiap acuan. Kemudian bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
.
Untuk cream cheese frosting:
– Pukul mentega, cream cheese dan esen vanila sehingga kembang. Kemudian masukkan pula gula sedikit demi sedikit dengan menggunakan kelajuan yang perlahan. Setelah kesemua gula telah dimasukkan, pukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga ianya kembang.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *