Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Madeline Oldskol Vintage Trigger Memori

author name

📄

Resepi ini merupakan resepi kek old school atau kek orang dulu-dulu. Jika anda seorang yang lahir dalam tahun 70an pasti ingat pada aliran SRT di sekolah menengah dulu. SRT atau sains rumah tangga ada kelas memasak dan resepi kali ini ada terdapat dalam buku masakan yang digunakan dalam subjek masakan ini. Kek madeline adalah kek butter yang dimasak dalam acuan khas yang dinamakan acauan madeline. Rupa acuannya seperti cawan tinggi menyebabkan kek madeline mendapat rupa khasnya dari acuan tersebut. Kek yang telah dibakar disapu dengan jem strawberi atau bluberry yang dipanas kemudian disalut dengan kelapa kering. Akhir sekali ia dihias dengan sebiji ceri dibahagian atasnya. Baiklah jika anda ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 250g marjerin/butter 
  • 230 g gula halus/caster
  • 5 biji telur gred B
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 230 tepung gandum + ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan lain

  • Jem strawberi
  • Kelapa kering
  • Ceri merah

Kaedah

  • Mula-mula pukul butter bersama gula hingga putih
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati
  • Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit
  • Masukkan dalam acuan kek madeline yang telah siap digris.
  • Pastikan oven telah dipanaskan pada suhu 180c 10 minit lebih awal
  • Bakar kek selama 30-40min atau hingga ia masak
  • Sementara itu panaskan jem hingga cair tambah air jika terlalu pekat
  • Kek yang telah siap dibakar sejukkan dahulu 
  • Golek kek dalam jem yang telah cair tadi
  • Kemudian golek pula dalam kelapa kering
  • Akhir sekali hias dengan buttercream dan ceri merah dibahagian atasnya
  • Siap!

Dalam sesetengah resepi ada juga yang tambah kelapa kkering didalam kek tapi ini bergantung jika anda suka boleh tambah dalam 2-3 sudu besar selepas kek semua bancuh. Kek ini sememangnya kian pupus dan tenggelam dengan kek-kek atau dessert yang baru dan pelbagai dipasaran. Namun bagi peminatnya pasti akan mencari-cari resepi ini untuk buat sendiri kek madeline ini. Kek ini sesuai dijadikan penyeri dalam majlis-majlis khususnya majlis minum petang. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.