Resepi Buttercream (Sedap Untuk Dimakan)

Resepi kali ini merupakan resepi yang digunakan untum menghiasi kek. Terutama kek span yang digunakan didalam majlis keraian seperti majlis perkahwinan. Kek span sangat sesuai digunakan dengsn buttercream kerana kek span lebih ringan berbanding kek butter. Kek butter lebih padat dan sedikit berat, menyebabkan ia lebih sedap dimakan begitu sahaja.

Namun resepi buttercream yang Madam kongsikan kali ini, merupakan resepi yang lebih sedap untuk dimakan. Berbanding dengan resepi buttercream yang lagi satu, resepi ini kurang stabil. Jadi ia tidak sesuai dijadikan bunga atau hiasann lain.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Buttercream (Sedap Untuk Dimakan)

Bahan-bahan

  • 250g butter (apa-apa jenis sahaja)
  • 300g shortening (krimwell juga boleh)
  • 300g susu manis (boleh dianggar manisnya mengikut selera)

Kaedah

  • Putar butter dan shortening dahulu agar ia sebati.
  • Kemudian perlahan masukkan susu manis dan putar lagi hingga warnaya lebih pucat dan saiznya makin bertambah menjadi gebu.
  • Sedia untuk digunakan.


biasa anda lihat juga sesuai. Tetapi ia tidak sesuai digunakan untuk membuat bunga. Jika anda ingin mewarnakan ia, pastikan anda menggunakan pewarna putih dahulu sebelum anda menambahkan warna lain. Ini kerana warna buttercream ini lebih kuning disebabkan penggunaan butter.

Baiklah, jangan lupa like dan share perkongsian kali ini. Semoga ia bermanafaat bagi orang lain.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *