Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Kicap Mushroom Ala Adam Corrie Memikat Selera Sang Suami

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan cina yang amat mudah untuk disediakan. Ayam kicap mushroom ini amat sesuai dihidang sebagai hidangan utama bersama keluarga yang tersayang. Resepi ini diambil dari pelakon terkenal Adam Corrie yang sering berkongsi resepi menarik beliau diinstagram. 

Antara bahan yang digunakan ialah cendawan shitake, cili kering, bawang dan juga cili api. Jelas resepi ini diubahsuai demi memenuhi selera orang Melayu yang amat gemar pada kepedasan cili api. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang boleh anda cuba dapati dikedai berdekatan.

Bahan perap

  • ½ ekor ayam yang dipotong-potong kecil
  • 1tbs sos tiram
  • 1tbs kicap pekat (manis)
  • 1tbs kicap cair

Bahan tumis

  • Halia
  • Cili kering 
  • Cili api

Bahan lain

  • Cendawan shitake segar  atau cendawan kering yang perlu direndam dahulu.
  • 1 labu bawang putih
  • Sedikit air tepung jagung
  • Air (jika ingin banyak kuah)
  • Garam seckup rasa.

Kaedah

  • Perapkan ayam sekurang-kurangnya 4 jam
  • Tumis bahan tumis dan kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.
  • Masukkan air dan biarkan merenih sebentar, kemudian masukkan garam jika kurang masin.
  • Akhir sekali masukkan bawang putih seketul dan biarkan kuah pekat.
  • Jangan lupa masukkan sedikit air tepung jagung.
  • Siap!

Resepi ini saya ubahsuai sedikit mengikut selera dan bahan yang terdapat dirumah, namun begitu itu ia  amat ringkas dan masa untuk menyediakan masakan ini amat singkat dan ia juga menggunakan bilangan bahan yang minima, diharap anda akan mencuba sendiri resepi mudah ini untuk menikmati sendiri keenakannya, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.