Resepi Tauhu Berlauk Sedap Pasti Terpikat

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang amat sesuai dijadikan sebagai hidangan pembuka selera. Tauhu berlauk adalah sejenis masakan berasaskan tauhu. Tauhu meripakan sejenis makanan yang disediakan menggunakana kacang soya yang diproses melalui beberapa langkah. Ianya dibawa ketanahair oleh bangsa Cina yang ketika itu berhijrah ke Tanah Melayu. Sejak itu tauhu diterima baik oleh masyarakat kita dan digunakan didalam pelbagai sejenis masakan.

Salah satu resepi yang makin popular kebelakangan ini ialah tauhu berlauk,dimana ia disediakan menggunakan dua jenis tauhu dan kemudian dikisar bersama ayam dan juga udang. Ianya dikukus sebelum digoreng selepas ia dicelup dengan telur. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 ketul tauhu petak
  • 2 tiub tauhu jepun
  • Udang/isi ayam
  • Cili merah
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Telur 4 biji
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam, serbuk lada putih, serbuk perasa
  • Bawang merah-goreng garing dan ketepikan

Kaedah

  • Kisar tauhu, tauhu jepun, 2 biji telur, dan udang atau isi ayam.
  • Selepas itu, masukkan bawang goreng, hirisan daun bawang dan cili merah.gaul rata.
  • Perasakan dengan garam, minyak bijan, serbuk lada putih serta maggi secukup rasa. Gaul rata.
  • Masukkan bahan bancuhan tadi dalam bekas plastik dan kukus bahan selama lebih kurang 15-20 minit.
  • Angkat dan sejukkan, kemudian potong mengikut saiz yang dikehendaki.
  • Pukul 2 biji telur. Celup tauhu yang dipotong tadi dan goreng sehingga garing. Hidangkan.

Tauhu berlauk ini paling sedap dimakan bersama sos cili, namun anda juga boleh menikmati ia tanpa sos. Samada dimakan bersama nasi atau dijadikan hidangan ketika menonton tv bersama keluarga, pasti anda akan mengemari keenakannya. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *