Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi ‘Steam Tofu’ Berinti (Masakan Cina)

author name

📄

Resepi ini ialah sejenis resepi masakan cina. Menu masakan cina ini telah lama berada dalam negara kita. Dikatakan masakan cina mula ada sejak abad ke 15 iaitu semasa kedatangan pedagang cina ke negara kita. Namun paling ketara ialah ketika kebanjiran pelombong dari negara China semasa zaman kolonial yang di bawa oleh orang Inggeris ketika itu.

Tauhu adalah masakan yang berasas kacang soya. Ada pelbagai makanan yang berasas soya yang terdapat dalam senarai masakan Malaysia. Namun tauhu ada yang menjadi pilihan ramai, kerana ia mudah didapati dan juga murah. 

Jadi sebelum kita bercerita lebih lanjut, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi kali ini.

Resepi ‘Steam Tofu’ Berinti (Masakan Cina)

Bahan-bahan

  • Tauhu lembut 1 kotak

Bahan inti

  • ½ keping bahagian dada ayam segar.
  • 3 ekor udang besar
  • Bawang putih 1 ulas (dicincang)
  • Sedikit daun bawang (dicincang)
  • Garam , serbuk perasa dan lada sulah. 

Bahan sos

  • Seulas bawang putih dicincang 
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar air
  • Secubit garam

Bahan hiasan 

  • Cili merah dihiris nipis
  • Daun bawang dihiris memanjang
  • Bawang goreng secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula keluarkan tauhu lembut dari kotak. Keluarkan airnya, tekan sedikit agar air keluar sebanyak mungkin. Ketepikan.

Bahan inti

  • Cincangkan ayam dan udang atau gunakan pengisar kering. 
  • Masukkan garam , serbuk perasa dan lada sulah. 
  • Masukkan pula bawang putih dan daun bawang yang telah dicincang. Ketepikan.
  • Sebelum mengukus pastikan pengukus telah dipanas terlebih dahulu. Letakkan tauhu didalam bekas yang sesuai untuk mengukus. Kemudian korek bahagian atas tauhu untuk meletakkan inti diatasnya. 
  • Selepas meletakkan inti, kukus tauhu selama 10 minit.
  • Alihkan tauhu selepas masak.

Untuk bahagian sos.

  • Tumiskan bawang putih yang telah dicincang.
  • Masukkan sos tiram,minyak bijan dan kicap cair. Boleh tambah Garang jika suka. Masukkan air ¼ cawan. 
  • Tunggu semua bahan menggelegak.  
  • Tutup api.
  • Curah segera atas tauhu yang telah dikukus tadi.
  • Sebelum dihidangkan letakkan bahan-bahan hiasan iaitu daun bawang, cili merah dan bawang goreng.
  • Siap.


Tauhu yang digunakan di dalam resepi ini ialah tauhu lembut yang terdapat didalam kotak. Bukan jenis yang bulat ye. Ia ada sedikit perbezaan, kerana tauhu bulat itu lazimnya mempunyai telur. 

Selain dari rasanya yang sedap, tauhu adalah makanan yang sihat. Ia sangat sesuai bagi wanita separuh usia, namun ia juga sangat sesuai bagi mereka yang berdiet dan ingin mencari sumber protin dari sumber bukan haiwan.

Jadi anda bolehlah mencubanya jika anda teringjn sesuatu yang berbeza dalam menu masakan anda sekeluarga. Resepi untuk dua orang makan, jadi tidak berlaku pembaziran bukan?

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ye. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *