Resepi Sos Kicap (Pelbagai Guna Dan Tahan Lama)

Resepi ini adalah sebuah resepi yang di olah daripada resepi kicap untuk nasi ayam. Resepi kicap ini sebenarnya digunakan sebagai menu sampingan dan dijadikan pencicah untuk ayam nasi ayam.

Namun kali ini Madam mengubah resepi ini, agar ia boleh disimpan lebih lama. Selain berfungsi sebagai pencicah, sos ini juga sesuai dijadikan kuah ‘steam tofu’ iaitu sejenis masakan berasas soya yang sangat menyihatkan bagi kaum wanita yang telah berumur.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Sos Kicap (Pelbagai Guna Dan Tahan Lama)

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu sederhana gula
  • Air ¼ cawan
  • Bancuhan air tepung secukupnya 

Kaedah

  • Campurkan kicap cair, sos tiram, minyak bijan dan gula. Panaskan air dan gaul sebati semua bahan.
  • Seterusnya biarkan bahan-bahan tadi menggelegak. Perlahankan api dan tambahkan bancuhan air tepung jagung tadi. 
  • Masak sehingga kuah ini pekat.
  • Tutupkan api.
  • Siap.
Resepi Sos Kicap (Pelbagai Guna Dan Tahan Lama) 2
Resepi Sos Kicap (Pelbagai Guna Dan Tahan Lama) 3

Resepi asal sos kicap ini mengandungi wain ‘Shaoxing’ sejenis wain cina. Namun tidak lah menjadi salah jika kita menggunakan gula , kerana wain tersebut itu ditambah sebagai pemanis. Hanyalah aromanya sedikit berbeza, tapi ia sudah tentulah halal dan boleh dimakan tanpa was-was. Manakala air bancuhan tepung jagung bertujuan untuk memekatkan ia.

Jadi, Madam harap anda sudilah mencuba resepi ini, kerana selain dijadikan sos pencicah ia juga sesuai untuk dijadikan sos bagi masakan berasaskan tofu. Ia mempunyai rasa yang sedap iaitu masin-manis manis.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ye. Selamat mencuba!